MCDONALD'S MEMPERKENAL GRILLED CHICKEN BURGER BARU


Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s, kini tampil dengan identiti baharu. GCB kini membawakan kepingan paha ayam yang lebih empuk, diperap dan digril sempurna untuk memenuhi citarasa pelanggan.

"Kami menyedari perihal rakyat Malaysia yang gemarkan pelbagai jenis makanan dan pastinya kami ingin memenuhi selera mereka itu. Sehubungan itu, kami meletakkan pelanggan sebagai keutamaan sama ada dengan cara memperkenalkan tawaran menu baharu atau menambah baik menu kegemaran yang sedia ada. Kami sangat teruja untuk memperkenalkan GCB GEMPAK memandangkan ia kini dihidangkan dengan rasa yang lebih enak,” kata Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.

"GCB baharu kini dihidangkan dengan kepingan peha ayam yang lebih empuk, dimana ia digril dan dipadankan dengan sos ‘chargrilled’ istimewa, salad segar dan diapit ban bijan berbentuk bujur yang dibakar,” tambah Melati.

Menurut Melati, peggemar GCB pastinya rambang mata kerana kami juga akan memperkenalkan GCB Deluxe untuk tempoh masa terhad sepanjang bulan ini. GCB Deluxe dihidangkan dengan bawang yang dimasak keperang-perangan, sayur campur pelbagai warna dan sos jalapeno yang pastinya memberi lebih kenikmatan kepada pelanggan.

McDonald's turut meraikan produk lain yang berasaskan ayam pada bulan November ini. Chicken McNuggets kini boleh didapati dengan dua sos pilihan – sos popular French Cheese atau sos Kari baharu.

Sama seperti GCB Deluxe, sos ini boleh didapati untuk tempoh masa terhad sepanjang bulan November 2018, sementara stok masih ada.

"Seiring dengan janji jenama kami, kami sentiasa berusaha untuk memberikan kualiti dan momen terindah kepada pelanggan. Antaranya termasuklah dengan terus memperkenalkan lebih banyak pilihan menu dan terus meningkatkan pengalaman pelanggan," kata Melati.

GCB McDonald's boleh didapati dengan harga RM 10.60 untuk hidangan ala carte dan RM14.95 untuk set hidangan regular, termasuk kentang goreng dan minuman. GCB Deluxe pula boleh didapati dengan harga RM12.20 untuk ala carte dan RM15.95 untuk set hidangan regular, termasuk kentang goreng dan minuman.

Tawaran dan promosi tambahan untuk GCB dan GCB Deluxe boleh didapati di aplikasi McDonald’s, yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA