POH KONG LANCAR NOTA WANG EMAS HARAPAN DIILHAMKAN OLEH TUN M
Poh Kong melancarkan Nota Wang Emas Harapan sebagai token lambang patriotisma, dimeriahkan dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Selama 42 tahun, Poh Kong yang merupakan rangkaian peruncitan barang kemas terbesar di Malaysia, menghasilkan pelbagai bentuk barang kemas yang indah buat acara-acara penting. Dan kini, apabila Malaysia menyaksikan perubahan yang bersejarah pada awal tahun ini, Poh Kong memperkenalkan pula Nota Wang Emas Harapan yang direka sebagai pengiktirafan akan perjuangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad serta semangat juangnya demi negara dan bangsa.
Pada usia 93 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling berusia serta paling lama berkhidmat di dunia. Kasih sayang tidak berbelah bagi akan tanahair serta semangat juang yang tiada tandingannya buat nusa dan bangsa merupakan inspirasi yang bakal terpahat buat selamanya, seperti juga emas. Seiring dengan harapan untuk masa hadapan yang lebih cerah buat Malaysia Baru, Poh Kong mengukir impian untuk menyuntikkan insipirasi buat warga Malaysia. Dengan ini, Poh Kong berharap untuk memberi inspirasi kepada pengabdian yang sama di kalangan rakyat Malaysia ke arah negara yang indah dengan Nota Wang Emas Harapan.
Pada Majlis Pelancaran Nota Wang Emas Harapan yang anggun ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata “Saya berasa amat berbangga dengan pelancaran Not Emas Harapan sempena kelahiran Malaysia Baru. Kejayaan sebenar adalah menyaksikan kasih dan perasaan bangga buat negara yang terlahir dari segenap rakyat, demi kebaikan Malaysia. Adalah menjadi harapan saya untuk menyaksikan seluruh rakyat memainkan peranan aktif demi perkembangan dan pembangunan Malaysia dalam segala bidang, serta saya berharap, seperti juga nama Nota Wang Emas Harapan ini, kita semua akan terus memiliki harapan dan motivasi untuk mencapainya”
Pada Majlis Pelancaran Nota Wang Emas Harapan yang serba anggun ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan saya buat Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Dato' Choon Yee Seiong dan buat Poh Kong kerana menghasilkan Nota Wang Emas Harapan ini serta di atas komitmen untuk menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan kepada Tabung Harapan. Saya berharap inisiatif ini bakal mendorong entiti perniagaan lain untuk tampil dan memainkan peranan bagi menjadikan negara kita kembali ke pentas dunia.".
Nota Wang Emas Harapan yang berharga RM160 ini bakal menjadi barangan bernilai untuk dimiliki yang meraikan detik penting buat Malaysia. Ia dihasilkan daripada emas 24K (999.9), dan memaparkan potret bertandatangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Jalur Gemilang, binaan simbolik Malaysia serta bunga kebangsaan – Bunga Raya. Ia sememangnya simbol akan keperibadian yang menjadi teladan buat sekelian rakyat Malaysia dan merupakan token yang sempurna bagi menzahirkan harapan buat negara kita. Selain itu, bagi setiap pembelian Nota Wang Emas Harapan ini, sebanyak RM30 akan disumbangkan kepada Tabung Harapan. Poh Kong komited untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM1 juta menjelang akhir tahun ini.
"Kita semua bertuah kerana menjadi sebahagian daripada negara yang kaya dengan kebudayaan dan kepelbagaian, seperti Malaysia. Dengan segala yang telah berlaku pada tahun ini, kami telah menyaksikan perasaan bangga dan kasih di kalangan rakyat Malaysia, dan Poh Kong ingin mencipta momento yang mewakili sentimen ini. " ujar Dato’ Choon Yee Seiong, Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Berhad.
Dato 'Choon Yee Seiong menambah, "Rekaan Nota Wang Emas Harapan, yang menyerlahkan simbol-simbol sinonim dengan semangat kenegaraan, seperti Jalur Gemilang dan Bunga Raya, mempersembahkan wajah sebenar akan negara tercinta ini. Digandingkan pula dengan semangat juang Tun Dr Mahathir yang juga merupakan sumber inspirasi di sebalik penciptaan barang koleksi tempatan ini, kami berharap ia akan menjadi sumber motivasi kepada rakyat untuk melakukan perubahan yang kita impikan. Lebih istimewa lagi, Poh Kong komited untuk menyaksikan kejayaan mengumpul sekurang-kurangnya RM1 juta, dengan memberikan sumbangan awal hari ini. "
Nota Wang Emas Harapan yang diinspirasikan oleh Tun M ini boleh didapati di semua cawangan Poh Kong, galeri Poh Kong, Diamond & Gold by Poh Kong, Boutique Diamond, Boutique Gold, Oro Bianco dan jualan dalam talian, Shopee. Nota Emas Harapan ini akan mula dijual pada 8 Nov bermula jam 530 petang.
Untuk keterangan lanjut akan koleksi barang kemas Poh Kong, layari
Laman Web rasmi Poh Kong: www.pohkong.com.my
Facebook: pohkongjewellers
Instagram: pohkongmy
Comments
Post a Comment