BORAK KOPITIAM PESTA HUJUNG MINGGU DI TV3



Siaran istimewa Borak Kopitiam sempena akhir tahun bakal bersiaran secara langsung pada hari Jumaat sehingga Ahad (28-30 Disember 2018) bermula jam 8.00 pagi. Membawakan pelbagai topik menarik, orang ramai boleh menonton program ini untuk bersama keluarga di hujung minggu.

Bakal diadakan selama tiga hari berturut-turut, rancangan bual bicara hujung minggu ini mahu berkongsi kemeriahan bersama-sama penonton dengan membawakan pengisian menarik sepanjang siaran berlangsung.

Bermula Jumaat, 28 Disember 2018, Borak Kopitiam akan membawakan tema vintaj merangkumi pelbagai sudut antaranya gaya hidup, muzik dan motosikal. Sebanyak 10 buah motorsikal Harley Davidson klasik akan dipamerkan khas buat peminat motosikal vintaj. Selain itu, bagi sesiapa yang meminati irama lama daripada alunan piring hitam, siri koleksi piring hitam dan Gramofon juga akan dipamerkan.

Di samping itu, Hos Borak Kopitiam, Zack Merican, Dayah Bakar dan Anwar Afiq akan menemani anda pada hari pertama menampilkan Terang Bulan sebagai penyanyi jemputan yang akan menghiburkan pagi anda.

Pada hari Sabtu, 29 Disember 2018, Hefny Sahad, Adzrie Faiz dan Fiona Cheong akan membawakan tema Obsesi. Tidak kiralah filem, permainan digital, kartun atau hobi. Antara yang menarik pada hari ini adalah topik mengenai obsesi dengan filem seperti Star Wars dan Harry Potter yang mempunyai ramai pengikut tegar sehingga mempunyai kelab peminat. Selain itu, terdapat slot DIY (Do-It-Yourself) Cosplay di mana anda boleh belajar untuk membuat sendiri kostum-kostum yang hebat. Bagi peminat figura aksi, anda juga turut berpeluang melihat koleksi pelbagai figura dan permainan watak-watak terkenal. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Hari terakhir siaran istimewa ini iaitu Ahad, 30 Disember 2018 bakal menghiburkan anda sambil menyihatkan tubuh badan. Bersama hos Muaz Mohamed, Zack Merican, Sarah Adiba dan Hanif Shawn yang akan membawakan aktiviti riadah seperti aerobic dan b-boyz, kumpulan penari hip-hop mempersembahkan tarian mereka di samping mengekalkan stamina yang bagus untuk anda. Jadi jangan lupa untuk menonton Borak Kopitiam pada 28-30 Disember ini dan berhibur bersama kami! Hujung minggu 2018 anda pasti tidak akan sunyi!

Untuk maklumat terkini, boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Para peminat turut dijemput untuk memeriahkan acara ini dengan menggunakan hashtag #BorakKopitiamTigaPagi untuk sebarang interaksi di laman sosial. Saksikan program-program menarik TV3 menerusi portal YouTube TV3Malaysia dan tonton, www.tonton.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI