EMPEROR JEWELLERY BUKA KEDAI UTAMA DI PAVILION KL



Ditubuhkan di Hong Kong, Emperor Watch and Jewellery merupakan peruncit koleksi jam tangan berprestij dunia dan pengeluar perhiasan barang kemas yang sofistikated yang terkenal di peringkat antarabangsa. Dengan rangkaian runcit di Greater China dan Singapura, jenama mewah ini kini telah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan melancarkan kedai utamanya yang pertama di negara ini. 

Terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur di Pavillion, butik barangan kemas Emperor Jewellery yang berkeluasan 2,012 kaki persegi ini menampilkan konsep rekaan dalaman dan keseluruhan butik yang direka khas bagi menyerlahkan lagi kehalusan nilai artistik jenama ini. Sesuai dengan latar belakangnya yang sofistikated, butik ini memaparkan koleksi barangan kemas unik yang bakal membuat para wanita terpesona. 

Selama lebih 70 tahun, Emperor Watch and Jewellery terus maju melangkah ke hadapan dan komited dalam menuju kecemerlangan. Diketuai oleh Cindy Yeung, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, beliau sentiasa menekankan nilai estetika perhiasan barangan kemas Emperor Jewellery. Beliau percaya bahawa setiap barangan kemas itu membawa tuah, janji dan juga legasi untuk diwarisi kepada generasi mendatang. Pengerusi Emperor Group, Dr. Albert Yeung, turut hadir secara peribadi untuk menunjukkan sokongan padu beliau terhadap majlis yang bersejarah buat Emperor Watch and Jewellery. Upacara memotong reben juga diadakan dan antara tetamu istimewa yang hadir untuk merasmikan majlis pelancaran kedai utama ini termasuklah Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai; bintang pop versatil Hong Kong, Joey Yung; dan pasangan selebriti terkenal tempatan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, yang turut disertai oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Emperor Watch and Jewellery, Cindy Yeung. 


Acara pelancaran yang penuh glam ini turut dihadiri oleh ramai tetamu kenamaan, sosialit, selebriti tempatan dan influencer, tampil untuk melawat butik terbaru Emperor Jewellery dan koleksinya yang direka khas. Joey Yung yang merasmikan majlis itu dengan penuh gaya apabila beliau memperagakan sendiri perhiasan barang kemas Emperor Jewellery terbaru yang unik - "Nuo daripada Cindy Yeung". Beliau berkata: "Saya amat berbesar hati dijemput ke sini pada hari ini bagi meraikan pelancaran kedai utama Emperor Jewellery yang pertama di Malaysia. Apabila Cindy menjemput saya untuk merasmikan majlis pelancaran ini, saya berasa amat teruja dan tidak teragak-agak menerima jemputan beliau. Saya sering berfikir akan jalinan rapat saya dengan Emperor Jewellery; Saya cintakan jenama ini, kerana kami mempunyai satu persamaan dimana kami mengejar kesempurnaan. Saya benar-benar takjub dan kagum dengan perhiasan barang kemas "Nuo daripada Cindy Yeung" yang saya peragakan pada hari ini - serta barangan lain yang saya lihat di butik. Reka bentuknya sangat sofistikated dan bergaya seperti personaliti Cindy sendiri. Koleksi ini amatlah mengagumkan dan versatil dalam pelbagai aspek, dan perhiasan barang kemas boleh dijadikan koleksi berharga." 



Emperor Jewellery turut mengambil peluang untuk mempamerkan barangan kemas mewah yang terbaharu dan unik dibawah sub-jenama - “Nuò by Cindy Yeung”, dengan bertemakan “Celestial Gift”. Berinspirasikan elemen Cina dan Barat, rekaan ini menyerlahkan tiga koleksi yang terdiri daripada “Majestic”, “Splendour” and “Immaculate". Pengarah Kreatif bagi rekaan ini, Cindy Yeung, menjelaskan bahawa setiap rekaan barangan kemas ini mencerminkan hasil pertukangan yang esklusif dan bermutu tinggi. 

“Koleksi ini menggabungkan karya seni yang kreatif dan semangat yang jitu, justeru menghasilkan rekaan yang sempurna. Ia menonjolkan lagi kilauan batu berlian, dengan mendedahkan keunikan nilai estatika perhiasan barang kemas kami dengan komitmen kami yang tidak berbelah bagi terhadap kualiti premium”. “Sejak tahun 1942, Emperor Watch and Jewellery bersimbolkan kehebatan semangat dalam setiap aspek. Dalam keghairahan kami melancarkan kedai utama yang pertama bagi pasaran Malaysia, kami ingin menekankan komitmen kami agar terus jitu dengan nilai jenama kami,” ujar Cindy. 

Dipamerkan buat julung kalinya di Kuala Lumpur sehingga 6 Disember, koleksi "“Nuò daripada Cindy Yeung” kini boleh dilihat bagi tatapan tertutup (dengan temujanji sahaja) di kedai utama Emperor Jewellery di pusat membeli-belah Pavillion. 


Alamat butik: Lot 2.01.08, Level 2, Pavilion Mall, Kuala Lumpur, Malaysia 

Tel: 603 2148 6868 

Waktu Operasi: Isnin - Ahad: 10:00am - 10:00pm 

#EmperorJewelleryKL #NuoCindyYeung

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!