KAFE FATIMAH FOOD - ANEKA MASAKAN MELAYU & SNEK LAZAT



Idamkan masakan Pantai Timur? Jom kita nikmati Nasi Kerabu dan Nasi Dagang yang asli di Kafe Fatimah Food. Terletak di aras 4, Busana MARA di Menara MARA, kafe kecil ini menghidangkan pelbagai masakan Melayu citarasa Pantai Timur dan juga menjual beraneka snek seperti kacang dan ikan bilis goreng, biskut, serunding daging dan kuah yang telah dibotolkan. 

Datuk Abd Ghani Salleh - Pemilik Kafe Fatimah Food @ Busana MARA . Kafe Fatimah Food mengambil nama ibu mertua beliau yang juga seorang usahanita yang berjaya dari negeri Kelantan. 

Kafe ini telah beroperasi sejak tiga tahun lepas dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kerja MARA dan pejabat-pejabat berdekatan. Ia dibuka seawal 8 pagi untuk sarapan.

Lauk-pauk di kafe ini dimasak setiap hari. Menurut Datuk Abd Ghani, baki makanan yang tidak terjual pada lewat petang tidak akan disimpan untuk keesokan harinya. Baki makanan tersebut akan dihantar ke rumah-rumah asnaf dan juga masjid sebagai sumbangan amal.

Kafe Fatimah Food menawarkan masakan Kelantan yang asli. Antara hidangan yang menjadi pilihan ramai adalah Nasi Dagang, Nasi Kerabu Ayam Goreng, Laksam, Nasi Lemak dan Bubur Pulut Hitam.

Nasi Dagang dengan Gulai Ikan. 

Nasi Lemak Biasa

Laksam dengan kuah ikan bersantan yang kaya dan lazat.

Nasi Kerabu Ayam Goreng dan telur masin.

Beraneka snek yang berkualiti dan sedap juga boleh didapati di Kafe fatimah Food.

Wajib cuba di Kafe Fatimah Food - Minuman Honey Lemon.

Minuman Honey Lemon dengan cebisan buah lemon yang menyegarkan tekak. 

Kafe Fatimah Food hanya menggunakan ramuan berkualiti yang segar dan terbaik untuk para pelanggannya.

Semangat keusahawanan yang tinggi dan hobi melancong adalah  antara sebab Datuk Abd Ghani Salleh membuka butik First Time Around (FTA). Butik ini terletak di sebelah Kafe Fatimah Food, di aras 4, Busana MARA.

Beliau gemar melancong sambil mendapatkan produk-produk baru untuk dijual di butiknya. Menurut beliau, perjalanan ke luar negara lebih mengujakan kerana berpeluang untuk membeli-belah aksesori yang sukar didapati di Malaysia untuk koleksi baru di butik FTA. 


Butik FTA menawarkan barangan yang berbeza daripada kedai-kedai lain di Busana MARA. Kemeja T dengan cetakan bermotif flora dan fauna menjadi pilhan ramai di butik ini.  

Beg-beg wanita juga dijual dengan harga berpatutan. Range harga beg kulit adalah di antara RM100-300 dan beg PVC/ PU adalah bawah RM100.

Beg-beg dan aksesori seperti kaca mata yang diimport dari luar negara.

Rekaan eksklusif dan bergaya tanpa harga designer yang mahal.

Kemeja T uniseks yang ceria dan bergaya untuk mereka yang berani berfesyen.

Kemeja dengan perincian berambu, tampak eksklusif dan unik.

Satu lagi kemeja T dengan corak geometri yang menarik.

Harga kemeja T adalah berpatutan dan bemula dari RM40 sehelai.

Butik First Time Around juga menjadi tumpuan para artis untuk mendapatkan kemeja T yang unik lagi bergaya. Dari kiri - Ayu Damit (Juara One In A Million Musim 2), Datuk Abdul Ghani Salleh, Syafeek Ikhwan (Juara i-SiNG World 2018 ) dan Reyhana Yunus (Pemenang 5 pingat emas dalam kategori World Vocal di World Championship Of Performing Arts (WCOPA) ke-18)


Kafe Fatimah Food & Butik First Time Around 
Alamat: Aras 4, Busana, Menara MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

Waktu perniagaan: Buka 8pagi – 6petang (Isnin - Jumaat sahaja)

Nombor telefon: 019-3764222

Khidmat Penghantaran Makanan: Honestbee & FoodPanda

Laman FB: www.facebook.com/fatimahfood/
Instagram: www.instagram.com/kafefatimahfood

Instagram: www.instagram.com/firsttimearoundofficial/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM