LAZADA PERKENAL STRIM MEMBELI-BELAH SECARA LIVE UNTUK 12.12



Paparan strim secara langsung dalam aplikasi turut membuka laluan bagi jenama yang baru muncul di pasaran dan penjual-penjual baru di Lazada untuk menarik perhatian pengikut dan pembeli.

Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang jenama dan produk berkenaan agar lebih ramai penonton strim bertukar menjadi pembeli yang aktif. Pengguna dapat berinteraksi dengan pembeli secara terus dan berkemungkinan besar akan menjadi pengikut jenama tertentu, meninggalkan komen dan juga ‘like’.

Kelebihan strim secara langsung termasuk pemerkasaan golongan pengguna, memandangkan jenama dan penjual harus memberikan maklum balas dalam masa nyata, serta membolehkan perbincangan yang lebih mendalam berbanding kaedah interaksi yang lain.

Cara Membeli-belah yang Lebih Selamat dan Mudah dengan Lazada Wallet

Gunakan perkhidmatan Lazada Wallet untuk menikmati kaedah pembayaran yang selamat dan lancar, memberi manfaat eksklusif, serta memudahkan pengembalian wang, tanpa memerlukan penyelenggaraan perbankan. Nikmati rebat bernilai RM2,500,000, dengan rebat 12%* untuk penggunna yang top up Lazada Wallet buat kali pertama dan rebat 5%* untuk top up oleh pengguna sedia ada. Sementara itu, rebat tambahan bernilai RM10 turut ditawarkan bagi pembelian produk yang eksklusif kepada Lazada Wallet.

Tak Habis-habis Lazada!

‘Slash It’ dan bawa pulang sebuah kereta Perodua Axia baru!
Mulai 10 Disember 2018, para pembeli boleh Slah It untuk mendapat 10 baucar untuk ditebus bagi mendapatkan sebuah kereta Perodua Axia – dengan PERCUMA! Jemputlah rakan-rakan anda ke sesi Slash It kerana setiap baucar memerlukan 250 slash untuk membolehkan tuntutan dibuat. Jika anda telah berjaya mendapatkan 250 slash, baucar tersebut akan secara automatik tersimpan dalam Lazada Wallet anda. Tambah kereta tersebut ke dalam troli anda, dan orang pertama yang melengkapkan transaksi melalui proses ‘check out’ dengan baucar tersebut pada 12 Disember 2018 pada pukul 12:12 tengahari akan memandu pulang* sebuah kereta baru! Jangan lupa mengambil bahagian dalam sesi ‘Slash It’ yang lain dengan tawaran serendah RM0.10.

Baucar bernilai lebih RM12,000 untuk dikumpul.
Cari dan rebut baucar di laman utama dan pelbagai lokasi lain di dalam aplikasi Lazada dari 8 hingga 12 December 2018! Kumpul cepat sebelum habis, untuk digunakan ketika jualan akhir tahun dari 10 hingga 12 Disember 2018. Baucar terkumpul ini membolehkan anda menikmati diskaun tanpa perlu mengingati kod dan ia akan terpakai secara automatik semasa pembayaran dibuat. Layari Lazada Wallet untuk melihat semua baucar terkumpul anda.

Jualan Hebat serendah RM0.50
Mulai 10 hingga 12 Disember, beberapa slot Jualan Hebat akan diadakan pada waktu-waktu tertentu setiap hari. Nantikan tawaran produk dalam sesi Jualan Hebat dan jangan lupa tekan butang Remind Me supaya anda akan menerima makluman segera apabila jualan bermula!

Shake It
Terdapat 3 sesi yang akan diadakan setiap hari iaitu pada pukul 12 tengahari, pukul 4 petang dan pukul 8 malam untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM120 mulai 10 Disember hingga 12 Disember.

Tawaran hebat bagi anda yang menaiki MRT!
Imbas kod QR Lazada di stesen MRT terpilih dengan menggunakan pengimbas kod QR dalam aplikasi Lazada untuk menerima baucar jenama eksklusif!

Tunggu apa lagi? Layari www.lazada.com.my dan laman media sosial Lazada untuk maklumat lanjut tentang Jualan Hebat Akhir Tahun Lazada 12.12!


*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.




Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN