POKOK KRISMAS 1,000 MICKEY MOUSE DI PAVILION KL CIPTA REKOD



Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah utama Malaysia mencipta rekod, Malaysia Book of Records dengan “The Most Number of Mickey On A Christmas Tree” iaitu jumlah patung Mickey Mouse yang terbanyak di atas pokok Krismas.


Pokok Krismas Mikey Mouse ini adalah sebahagian daripada hiasan mall tersebut yang bertemakan "Disney Celebrate The Magic: Dream Christmas"’ sempena kempen "Visit Pavilion 2018" dengan kerjasama dari pihak Disney. 


Hiasan Krismas di Centre Court Pavilion KL akan berlangsung sehingga 1 Januari 2019. Pokok Krismas unik telah menjadi lokasi untuk berswafoto dengan 1,000 patung Mickey yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga kerja, rakan kongsi Disney dan Pavilion KL, penyewa, pelajar dan selebriti.


Majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Records telah dihadiri oleh Mr. Christopher Wong Hong Wai, Chief Operating Officer, Malaysia Book of Records dan Ms. Kung Suan Ai, Director of Marketing, Pavilion KL dan disaksikan oleh 100 kanak-kanak dari beberpa rumah kebajikan termasuk homes including Agathians Shelter, Persatuan Kebajikan Jagaan Sri Sai, Rumah Charis, Rumah KIDS dan Yayasan Chow Kit.


Kanak-kanak asnaf tersebut diraikan oleh Pavilion KL selaras dengan program tanggung jawab sosial (CSR). Dalam program ini, Pavilion KL akan menyumbangkan bantuan berjumlah RM100,000 kepada 20 buah rumah kebajikan di seluruh negara melalui dana yang terkumpul daripada jualan tiket untuk menaiki Pavilion Dream Express, sebuah keretapi mainan di Centre Court.


Kanak-kanak tersebut berpeluang untuk menaiki dan menikmati aktiviti-aktiviti ceria lain seperti membuat lencana dan tatu oleh dUCK, bergambar dengan menggunakan Huawei di Mickey Mirror Cube, menjamu selera di TGI Fridays dan membawa pulang hadiah pilihan masing-masing dari Toys R Us.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com, atau hubungi Pavilion KL’s Concierge di talian 03 2118 8833.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA