PROMOSI “EAT CAKE TODAY” UNTUK KRISMAS & TAHUN BARU
Perayaan
akhir tahun yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi! ‘Eat
Cake Today’ menyambut kedatangan musim perayaan dengan melancarkan aneka
jenis kek, kek cawan & kek pop baharu bertema Krismas yang baharu. ECT telah menyenaraikan 10 jenis pilihan di portal
eatcaketoday.com untuk menambat selera pelanggannya.
Koleksi
Krismas 2018 menawarkan Kotak 12 Assorted Macaroons (12 Makarun Aneka Jenis), Christmas Cake
Pops (Kek
Pop Krismas), Christmas Jelly Bites (Jeli
Kecil Molek Krismas), 6 Pieces of
Christmas Cupcakes (6 Kek Cawan Krismas),
Log Cake (Kek Log), Tower of 25 Assorted Macaroons (Menara Makarun), Christmas House Jelly Cake (Kek Jeli Rumah Krismas), Christmas Black Forest Cake (Kek Black
Forest Krismas), Rudolph Sparks 5", Christmas Stardust Cake 7" (Kek
Debu Bintang Krismas), Santa Cake 5" (Kek Santa) dan
Reindeer Jelly Cake 4" (Kek
Jeli Rusa Salji).
Untuk maklumat
lanjut, sila layari https://www.eatcaketoday.com/collections/christmas-collections-2018
Encik
Ang Boon Chow, (B.C Ang) Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today,
menjelaskan semasa pelancaran promosi musim perayaan Krismas/Tahun Baru, ECT ingin
menunjukkan penghargaannya dan berkongsi semangat kasih sayang dan saling
memberi kepada pelanggan tetap dan juga pengunjung kali pertama portal dalam
taliannya dengan menawarkan kek percuma kepada pengguna bertuah. Kami ingin memeriahkan
perayaan dengan menyatukan hati sahabat handai, keluarga, dan rakan-rakan sekerja,”
jelas Encik Ang.
Promosi pertama membolehkan pelanggan menikmati
kek musim perayaan dengan rebat promosi RM10.00. Untuk mendapatkan rebat promosi ini,
pelanggan hanya perlu menggunakan kod promosi XMAS10 apabila membuat pesanan dalam talian. Tempoh promosi bermula
pada 15 Nov 2018 dan berakhir pada 31 Dis 2018.
Untuk promosi kedua, ECT menganjurkan “12 hari
Krismas” dengan menhadiahkan kek terpilih secara percuma menerusi platform
media sosial mereka. Pengunjung Facebook www.facebook.com/eatcaketoday dan Instagram www.instagram.com/eatcaketoday berpeluang untuk memenangi
kek percuma setiap hari dari 3 Dis – 8 Dis dan 10 Dis hingga 15 Dis.
Dalam ruang hadiah Facebook yang sangat mudah digunakan, peminat ECT atau
pelanggan hanya perlu “Suka, Kongsi, Tag dan Komen” untuk merebut peluang mendapat
kek percuma.
Portal Eat Cake Today
menawarkan pelbagai pilihan kek berkualiti yang dihantar terus
kepada pelanggan dengan cara yang menyenangkan. Semua pihak yang terlibat – daripada
perkhidmatan pelanggan dan pembuat kek mahupun kakitangan penghantaran
dihubungkan kepada sistem Eat Cake Today menerusi telefon pintar mereka untuk
memudah dan menyelaraskan proses pesanan kek dari A ke Z bagi memastikan
pelanggan menerima kek mereka dengan cekap dan tepat pada masanya. ECT
bekerjasama dengan lebih 40 pembuat kek, termasuk nama-nama terkenal seperti Baker’s Art, Cat & The
Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy, dan sebagainya. Disebabkan
kemungkinan terdapat pelanggan yang mengalami alahan, ia juga menyenaraikan
ramuan yang digunakan untuk semua kek. Untuk kek tanpa gluten dan vegan, pelanggan
boleh mendapatkan kek daripada Baked KL yang turut disenaraikan sebagai
pembekal.
Satu kelebihan Eat Cake Today ialah keupayaannya menghantar kek pada
hari pesanan dibuat, menjanjikan penghantaran segera dalam masa hanya 4 jam. Kebanyakan
kek dibuat khusus dari rumah, kedai kek tempatan, kafé bakeri dan lain-lain. Pilihan
kek yang dipaparkan dalam laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan masa
yang diperlukan untuk membuat dan menghantar kek, seperti pilihan 4 jam, pilihan
1 hari, pilihan 2 hari dan juga pilihan 3 hari. Harga kek bermula daripada RM40
kepada RM321 setiap satu dan tidak termasuk caj penghantaran.
Eat Cake Today juga mempunyai 4 kedai kek yang disahkan halal oleh JAKIM
– iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Mereka
menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Akhir sekali tetapi tidak kurang
pentingnya, Eat Cake Today menawarkan kek yang boleh ditempah khas mengikut
kemahuan pelanggan.
Buat masa ini Eat Cake Today membuat penghantaran ke kawasan-kawasan
sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan mengenakan caj penghantaran RM10.00,
manakala kos penghantaran tambahan dikenakan untuk kawasan-kawasan luar Kuala
Lumpur dan Petaling Jaya, seperti Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang, Rawang
dan lain-lain.
Pesanan boleh
dibuat melalui www.eatcaketoday.com atau
menerusi tel: 017-8800153. Waktu operasi: Harian & Cuti Umum antara 9.00
pagi hingga 6.00 petang & masa penghantaran Harian & Cuti Umum antara 11.00
pagi - 7.00 malam.
Eat
Cake Today
adalah salah satu calon CIP 300 yang terpilih di bawah program pembiayaan
Cradle Fund (di bawah Kementerian Kewangan) untuk memulakan perniagaan
berasaskan teknologi dan membangunkan serta mengkomersilkan produk dan
perkhidmatan mereka.
Comments
Post a Comment