RAIKAN MUSIM CUTI DENGAN THE COFFEE BEAN & TEA LEAF



Menjelang akhir tahun ini, bagi meraikan musim tradisi dan kebersamaan, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) mengalu-alukan kehadiran anda sebagai tetamu istimewa ke rumah yang dekat di hati, iaitu di setiap rangkaian kedai CB&TL di seluruh Malaysia. 

“Tidak dapat dinafikan bahawa musim cuti adalah masa yang paling bermakna apabila keluarga dan rakan-rakan berkumpul mencipta memori indah di rumah masing-masing. Rumah adalah tempat di mana pelukan saling diberikan, perbualan memecah keheningan di samping makanan enak lagi menyelerakan, dan apa saja kegusaran diketepikan. Bersempena musim cuti ini, dengan seleksi menu makanan dan minuman baharu, kami berharap dapat menyingkap segala emosi berkaitan dengan musim cuti di rumah. Rumah sentiasa dekat di hati, dan CB&TL sememangnya berharap semua orang dapat merasakan seperti berada di rumah bersama kami,” jelas Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran dan Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. 


Seleksi hidangan musim perayaan terbaharu termasuklah: 

· Velvet Cookie Cheesecake (RM12.95 sepotong, RM128.00 untuk sebiji kek) – Karya hidangan unggul yang terkini dari CB&TL, kek keju istimewa dihiasi biskut rangup dan krim keju, dipenuhi asas red velvet. 

· Raspberry Dream Log (RM12.95 sepotong, RM118.00 untuk sebiji kek) – Penyediaan berbeza kek log tradisional, dihidangkan bersama raspberi, coklat, koko dan badam. 

· Spice Kissed Cupcake (RM11.85 sebiji) – Pajek kelazatan disertakan kayu manis, halia, molase dan lebkuchen di dalam kek cawan unik ini! 

· Snow Frost Kraffin (RM10.40 sebiji) – Serpihan kacang badam, buah pala dan kranberi dibungkus dalam kulich tradisional Rusia dihiasi dengan gula salju 

· Varian biskut baharu yang turut menarik jika dijadikan sebagai hadiah (RM5.90 sekeping): Choc Mint Frost Cookie (kelazatan yang dipenuhi dengan kacang pecan cincang, pudina dan coklat gelap yang pasti cair di mulut), Lemon Snowflake Cookie (manisan hebat lagi menyelerakan untuk musim cuti dibuat daripada lemon dan kranberi) dan Winter Night Cookie (rangup, tersendiri dan semestinya untuk penggemar coklat, dibuat daripada coklat gelap dan serbuk koko) 

· Grandpa’s Turkey Sandwich (RM23.50 setiap satu) – Hidangan tradisi terus ke pinggan anda, sandwic ini dilapisi dengan keju brie, chutney kranberi dan daun arugula saling melengkapi dengan hirisan daging ayam belanda salai. 


Untuk seleksi minuman panas yang menyelerakan atau minuman sejuk bagi menyediakan suasana santai, nikmatilah Midnight Cookies & Cream Ice Blended® yang diperbuat daripada coklat gelap dan biskut hancur yang pasti cair di mulut), minuman kegemaran yang kini kembali: Peppermint Nitro Latte (kopi yang disediakan selama 20 jam dan disertakan dengan nitrogen untuk rasa lebih halus dan lembut yang mengujakan, dengan rasa pudina bagi membangkitkan selera seseorang), siri Double Chocolate Peppermint (rasa kaya coklat dan pudina yang dihidang dalam Ice Blended®, latte panas / sejuk atau koko panas / sejuk), dan siri Red Velvet (sedap dan berwarna merah jambu, hidangan tanpa kopi ini tersedia dalam Ice Blended®, atau koko panas / sejuk). Seleksi minuman perayaan ini berharga dari RM15.95 ke atas. 


Bermula hari ini sehingga 10 Disember 2018, tetamu CB&TL boleh menikmati diskaun 20% untuk pek parti Holiday, roti tradisional Holiday terpilih dan kek Holiday dengan Promo Early Bird, sah dengan kad The Coffee Bean di semua rangkaian dan pesanan melalui laman sesawang. 

Selain itu, CB&TL juga mengalu-alukan tetamu untuk berkongsi kemeriahan perayaan ini dengan tag hadiah menawan yang menarik yang terdapat di semua kedai rangkaian CB&TL. Setiap penjualan tag hadiah ini akan disumbangkan kepada inisiatif pro-sosial Caring Cup CB&TL serta bantuan kecemasan tempatan yang diperlukan memerlukan di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini, berita dan promosi CB&TL, ikuti laman sosial Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, atau Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau layari laman web www.coffeebean.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"