SELEBRITI MEDIA SOSIAL ASIA BERENTAP DI SUNWAY CITY


Seramai 10 pengamal sosial media berpengaruh, influencer terkemuka Asia dari 10 negara akan bersaing antara satu sama lain untuk menonjolkan keupayaan mereka di dalam “The Amazing Sunway City Challenge” di Sunway City Kuala Lumpur.

Barisan peserta acara program realiti penuh aksi dan debaran ini adalah terdiri daripada Jaa Suzuran dari Malaysia, Medyo Maldito (Filipina), RJ Abhinav (India), Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura), Ironbull (Taiwan), SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Young Gee (Korea Selatan) dan Hadia Ghalebhave (Mesir). 

Selebriti Media Sosial tersebut yang memiliki seramai 25 juta pengikut secara terkumpul, akan bersaing di sekitar lokasi utama Sunway City untuk mendapatkan gelaran juara “The Amazing Sunway City Challenge,” mata Sunway Pals bernilai RM25,000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note9. 

Personaliti media sosial yang berbakat besar, Jenn Chia dari Malaysia akan mengacara program ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kompleks Beli-belah Sunway dan Taman Tema, HC Chan berkata, “Penonton akan dapat meneroka tarikan di Sunway City Kuala Lumpur menerusi video dan perutusan media sosial dan akan terhibur dengan gelagat para peserta di dalam pertandingan. Penonton juga boleh menyertai peraduan yang akan dilancarkan di dalam empat episod web (webisodes). ’’ 

Pengasas dan CEO Kumpulan WebTVAsia, Fred Chong berkata, “Ini adalah satu daripada program realiti yang paling menarik yang pernah dicipta oleh WebTVAsia kerana ia mempertemukan pengamal media sosial yang palnging berpengaruh dari serata Asia di satu daripada destinasi yang paling menarik di Malaysia.’’ 

Penonton boleh menyaksikan para peserta dalam menyelesaikan pelbagai tugasan yang mencabar termasuk Vuvuzela, gelongsong air terbesar dunia di Sunway Lagoon, dan bersaing di gelanggang ski ais Sunway Pyramid.



“The Amazing Sunway City Challenge” juga ditaja oleh Samsung Electronics Malaysia dan Grab Malaysia. Empat episod web ini akan ditayang pada Februari 2019. Program ini akan ditayangkan di SAYS.com, penyiar web rasmi Malaysia, IDN Times, ET Today, Line.tv, LUVE, platform rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia. Dijangkakan pengikut-pengikut para peserta, episod web ini akan menjangkau lebih daripada 54 juta orang di web seluruh dunia apabila program ini disiarkan kelak.

"Kami amat berbesar hati untuk berganding bahu bersama WebTVAsia dalam acara The Amazing Sunway City Challenge yang akan membawa keriangan kepada para penonton di wilayah ini. Kami amat teruja untuk melihat bagaimana para peserta menampilkan kreativiti mereka untuk memenangi cabaran ini." kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3