SURIA KLCC BAWAKAN KEMERIAHAN "WHIMSICAL CHRISTMAS"
Keajaiban perayaan Krismas melanda Menara Berkembar Tertinggi di dunia! Suria KLCC telah berubah menjadi alam penuh fantasi dengan bunga poinsettia, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni, pokok krismas dan tentera Nutcracker.
Encik Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC berkata, “Krismas adalah salah satu musim yang paling dinanti-nantikan Suria KLCC. Ini kerana kami ingin membawa keajaiban. Tahun ini, bandar Krismas kami yang ajaib dijaga oleh tentera Nutcracker dan membawa kembali kenangan sambutan Krismas semasa zaman kanak-kanak anda. Ia memberi memori yang bahagia dan menyeronokkan.”
“Semasa meraikan dan menikmati kegembiraan perayaan ini, kami gembira dapat menyebarkan keseronokan dan kegembiraan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hospis Malaysia kerana misinya selaras dengan aspirasi Suria KLCC sebagai syarikat yang mengambil berat,” tambah beliau lagi.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Kementerian Pelancongan Tuan Syed Yahya Syed Othman dan Ketua Sekretariat Pusat Membeli-belah Sekretariat Kementerian Pelancongan Malaysia, Puan Norliza Md Zain.
Encik Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC dan Santa Claus melancarkan "Whimsical Christmas" di Suria KLCC. |
Persembahan Pancaragam bakal menghiburkan pengunjung Suria KLCC dengan muzik Marching Hari Krismas. |
Persiapaan membeli-belah untuk Hari Krismas lebih meriah di Suria KLCC. |
Suria KLCC masih kekal memegang rekod untuk “The Tallest Christmas Tree in Malaysia” disahkan oleh Malaysia Book of Records yang berketinggian 100 kaki sejak tahun 2015. |
Shop And Get Rewarded Bersama Citibank
Krismas adalah masa untuk berbelanja dengan lebih bermanfaat, Suria KLCC telah bekerjasama dengan Citibank untuk memberi dengan ganjaran eksklusif keatas setiap pembelian. 30 orang pertama pemegang kad VISA Citibank yang menghabiskan minimum RM 1,000 dalam satu resit setiap hari akan menerima hadiah misteri dan flat rate tiket parkir kereta Suria KLCC bernilai RM10.
Untuk pembelian sebanyak RM 3500 dan ke atas dalam maksimum dua resit, pembeli akan menerima set hadiah khas L’Occitane. Pembelian mesti dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sahaja dan ganjarannya terhad kepada 60 pembeli pada hari Jumaat dan 40 hari pada hujung minggu.
Pelanggan bukan Citibank juga tidak
ketinggalan untuk menerima hadiah misteri apabila mereka membelanjakan RM 1,000
ke atas dalam satu resit tunggal. Suria KLCC memberikan hadiah L’Occitane
kepada 30 pelanggan pertama yang membelanjakan RM3,500 ke atas dalam satu resit
pada hujung minggu.
Lima pemenang bertuah yang berbelanja di
Suria KLCC akan dipilih untuk memenangi barang kemas dari De Beers apabila
mereka membelanjakan RM3,500 ke atas pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
Peraduan ini terbuka kepada pemegang kad Citibank Visa dan pelanggan bukan
Citibank. Terdapat juga Secret Santa yang akan memberikan hadiah misteri kepada
pembeli bertuah. Oleh itu, berbelanja di Suria KLCC dan dapatkan semua hadiah
yang menarik ini. Kempen berakhir pada 25 Disember 2018.
Kempen Kemanusiaan Bersama Hospis Malaysia
“Speak Up There’s an Elephant in the Room”
Sambil mengalami dunia magikal Whimsical
Christmas Suria KLCC. Krismas tidak lengkap tanpa berkongsi kegembiraan bersama
golongan yang kurang bernasib baik. Suria KLCC terus bekerjasama dengan Hospis
Malaysia dalam kempen “Speak Up There’s an Elephant in the Room” untuk
mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program
penjagaan paliatif. Penjagaan paliatif adalah program khusus untuk orang yang menghidap
penyakit yang membatasi nyawa dan ia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti
hidup untuk pesakit dan keluarga.
Laman Facebook: www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Laman Instagram: www.instagram.com/suriaklccmall
Laman Web Rasmi: www.suriaklcc.com.my
Comments
Post a Comment