SYAHIRAH VITALIS PERKENAL HARUMAN BARU - MYSTIQUE



Kepada penggemar wangian mewah dan feminin, kini Syahirah Vitalis  memperkenalkan variasi terbaharu iaitu Mystique yang memiliki haruman yang unik sesuai buat wanita moden yang ingin tampil glamor dan menyerlah berbanding yang lain.


Cuma perlu semburkan haruman ini di titik nadi agar haruman kekal lama - “Serlahkan Pesonamu Raih Bintangmu”. ‘Vitalis Mystique Eau De Cologne’, wangian terbaru daripada Syahirah yang membawa anda mengembara jauh ke pulau peranginan sekali gus mencetus elemen hebat seperti berada di Honolulu, Amerika Syarikat melalui semburan selembut bayu.


Syahirah Vitalis Mystique adalah wangian dirumus istimewa untuk figura muslimah moden, ranggi, bijak dan mempesona serta berkeyakinan tinggi dalam apa jua aktiviti yang dilakukan namun tetap anggun dalam penampilan.

Majlis pelancaran Syahirah Vitalis Mystique diserikan oleh kehadiran dua selebriti muda yang sedang meningkay naik iaitu Fiza Thomas (AF) dan Jasper Supayah (Polis Evo 2).


Cetusan inspirasi kehangatan kota penuh ceria, berani dan luar biasa Honolulu di Hawaii, ia membawa ada mengembara jauh seolah-olah sedang beada di kepulauan yang mempunyai panorama yang indah dan cantik, sesekali dibuai angin laut yang lembut dan segar.


Seunik namanya, Vitalis Mystique pasti menjadi teman baik kaum hawa yang ingin menyerlahkan personaliti dan persona yang ada menerusi semburan komposisi aroma yang semerbak secara tak langsung menambah daya penarik pada orang di sekeliling. 

Tiga komposisi utama haruman Vitalis Mystique adalah: kemanisan buah rasberi keharuman bunga peony kehangatan aroma musky Ketiga-tiga elemen meyuntik tenaga yang berlainan sebaik sahaja ia disemburkan pada badan. 

Menariknya, ia adalah satu resolusi bagi mereka yang kurang berkeyakinan tatkala bersama dengan yang tersayang. Hadir dalam bingkisan biru gelap mewah ala kristal menampilkan sesuatu yang misteri di dalamnya. 


Selain Vitalis Mystique, rangkaian haruman Syahirah Vitalis didatangkan dalam ENAM lagi jenis haruman. Semuanya mempunyai harumannya yang tersendiri bersama aroma yang berlainan agar dapat digunakan oleh kaum wanita yang mempunyai aura misteri dan kecantikan masing-masing. 

Haute Couture: dicipta daripada kombinasi ros, buah beri dan vanilla mencetuskan aroma manis dan lembut. Sesuai untuk wanita moden yang romantik dan ingin tampil menyerlah sepanjang masa 

Femme Chic: Letusan aroma yang menyerlahkan sisi feminin dan sensual. Rumusan buah beri dan bungaan sesnsual menerbitkan rasa manis dan segar, untuk kekal wangi sepanjang hari 

Celebrite: Alami keghairahan campuran aroma utama daripada Floriental Fruity seperti Jasmin dan kayu cendana, ia memberikan sensasi aroma menyegarkan sesuai untuk wanita ceria, berani dan positif 

Magnifique: Dibaluti dengan gabungan haruman sitrus seperti buah mandarin dan tangerine, bunga lili dan vanila, ia membangkitkan aroma yang lembut dan halus, sesuai untuk anda yang feminin dan manis 

Empress: Adunan beberapa haruman mewah menggambarkan pesona menawan di dalam diri untuk terus bersemangat melalui hari dengan positif 

Dazzling: Serlahkan kegembiraan dengan mencipta memori manis menerusi semburan haruman gabungan nota oren, ros, lily, vanilla dance darwood agar haruman melekat mesrsa untuk tempoh yang lama.



Anda boleh miliki haruman Syahirah Vitalis Mystique EDC Edisi Terhad bermula bulan ini sehingga Disember 2018.

Ia boleh didapati pada harga runcit RM19.90 di semua rangkaian farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar terpilih.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.syahirah.com.my
https://www.facebook.com/Syahirah.Msia/ https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA