TAMAN SUPERPARK MEMBUKA PINTUNYA DI AVENUE K DISEMBER INI



SuperPark merupakan sebuah taman kegiatan kawasan tertutup semua dalam satu dari Finland. Taman kegiatan yang paling mesra-pengguna di dunia ini kini dibuka! 

Dengan keluasan 40,000 kaki persegi dan lokasi strategiknya di tengah-tengah Kuala Lumpur, SuperPark Malaysia bakal membawa keterujaan kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.


Taman kegiatan ini akan menawarkan lebih 20 kegiatan menghiburkan, menyeronokkan dan penuh bertenaga di bawah satu bumbung di Pusat Beli-belah Avenue K. Suasana di situ pastinya dipenuhi kemeriahan dan gelak ketawa kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. 


Ekskusif di Malaysia adalah sebuah gelanggang luncur dengan keluasan 2,500 kaki persegi yang diperbuat daripada ais tiruan 100% yang boleh dikitar semula, tidak toksik, serta disahkan mesra terhadap alam sekitar. Gelanggang luncur standard sukan tersebut mampu menampung beban yang amat tinggi. Lebih-lebih lagi, ais tiruannya bertindak seakan-akan ais biasa! Antara manfaat ais tiruan adalah tiadanya ais, sekaligus menjadikannya selamat untuk berjalan di atasnya tanpa tergelincir. 


SuperPark Malaysia akan menawarkan lebih 20 kegiatan berdasarkan tiga tema: 

Adventure Area menawarkan kegiatan menarik buat anak kecil serta ibu bapa, termasuklah iWall (permainan parkour interaktif), Flying Fox, Tiub Slide (papan gelongsor), Kid’s Gym (sudut si cilik), Kid’s Adventure City (menara permainan), Pedal Car Track, dan banyak lagi. 

Di Game Arena, anak remaja boleh menikmati sukan seperti besbol, meningkatkan kemahiran sukan mereka dengan Street Basketball (bola keranjang) atau bersaing dengan penjaga gol kecerdasan buatan Robokeeper (AI gol). Markah akan diukur menerusi penggunaan pengesan dan sistem digital lain supaya mereka boleh saling mencabar dengan kawan (atau ibu bapa!) mereka. 

Di Freestyle Hall pula, anak remaja boleh mengetepikan telefon pintar mereka untuk menyahut cabaran SuperClimb (konsep mendaki yang direka secara khas dan menyeronokkan) serta Ninja Track (laluan berhalangan) baharu, Skate and Scoot World, melonjat di Trampoline Platform, memanjat Augmented Climbing Wall serta bermain luncur di Gelanggang Luncur. 

Di SuperPark Malaysia, kanak-kanak dan anak-anak muda akan teruja dengan begitu banyak jenis sukan dan kegiatan baharu, dengan semua peralatan sewa seperti skuter, topi keledar dan sebagainya yang telah termasuk dalam harga tiket. Semua aktiviti akan dijalankan di bawah bimbingan kakitangan berpengalaman yang kebanyakannya terdiri daripada jurulatih yang diiktiraf, serta selamat dari hujan, pencemaran, sinaran UV yang tinggi, atau pepijat dan nyamuk sepanjang tahun. 




















Paling hebat, SuperPark bukan dibina untuk kanak-kanak dan remaja sahaja. SuperPark Malaysia telah direka khas supaya semua orang dapat menyertai keseronokan ini dan kekal aktif. 

SuperPark pertama dibuka di Vuokatti, Finland pada tahun 2012, diikuti dengan pembukaan 12 lagi lokasi di negara Nordic tersebut. Kini, gaya hidup ‘Superparking’ telah melonjak ke peringkat global. 

SuperPark Malaysia merupakan usaha perkembangan antarabangsa berterusan yang merangkumi Sweden, Perancis, Hong Kong, China and Singapura. 

Harga pas masuk sehari adalah antara RM30 – RM50 setiap orang (harga berbeza-beza untuk hari biasa, serta hari cuti termasuklah hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah). 

Enam bilik fungsi juga akan disediakan untuk aktiviti berkumpulan, hari jadi atau aktiviti korporat, sekaligus menjadikan SuperPark tempat ideal untuk aktiviti pembinaan pasukan, sambutan hari jadi, pertemuan semula antara kawan karib atau sambutan dalam keluarga. 

Untuk maklumat lanjut tentang SuperPark Malaysia:
Laman Web: www.superpark.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/SuperParkMY/
Instagram: https://www.instagram.com/superparkmy/

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!