‘THE CHRISTMAS RETURNS’ DI AMAN CENTRAL, ALOR SETAR



Tahun ini Aman Central menghiasi ruang pusat membeli-belah dengan bertemakan “The Christmas Returns” - diinsiprasikan oleh filem terbaru keluaran Disney, Mary Poppins Returns.


Dekorasi itu memberikan pemandangan seolah berada di kota London pada malam Krismas tahun 1930. Aman Central dihiasi dengan hiasan krismas yang berkilauan, payung lutsinar, berserta ornate yang membangkitkan mood perayaan dan percutian.


Pengunjung boleh menikmati suasana berada di sebuah taman Inggeris lengkap dengan dekorasi air pancut, pokok Krismas bercahaya dengan lampu dan kilauan salji putih, sebuah rumah English dan banyak lagi di Central Atrium.


Meriahkan sambutan cuti sekolah dan Krismas di Aman Central dan jangan lepaskan peluang mengambil gambar bersama dekorasi menarik, menebus barangan eksklusif daripada Disney dan menyaksikan persembahan supercalifragilisticexpialidocious yang akan disajikan sepanjang bulan Disember ini.


Masa Persembahan
Artistic Cycling
1 Disember | 3 pm
7 Disember | 7 pm
9 Disember | 5 pm
21 Disember | 3 pm
24 Disember | 3 pm

Broadway Musical
7 Disember | 3 pm
8 Disember | 7 pm
15 Disember | 3 pm
23 Disember | 5 pm
25 Disember | 5 pm


Parasol Dance
2 Disember | 5 pm
8 Disember | 3 pm
14 Disember | 3 pm
22 Disember | 3 pm

Santa Claus’ Visit
14 & 15 Disember | 7 pm
16 Disember | 5 pm
21-25 Disember |7 pm


Redemptions
Para pengunjung Aman Central juga berpeluang untuk menebus pelbagai barang eksklusif Disney seperti berikut:

Movie Poster (28/11/2018 - 4/12/2018)
Dapatkan ‘official movie poster’ apabila belanja RM200 ke atas dalam satu resit.

Kites (5/12/2018 - 11/12/2018
Dapatkan ‘exclusive Kite’ apabila belanja RM350 ke atas dalam satu resit.

Movie Tickets x2 & Carlo Rino RM50 Discount Voucher (12/12/2018 - 18/12/2018)
Dapatkan 2 tiket Mary Poppin Returns & Carlo Rino Discount Voucher apabila belanja RM600 ke atas dalam satu resit.

Cup and Saucer (19/12/2018 - 25/12/2018
Dapatkan exclusive Cup and Saucer apabila belanja RM800 RM600 ke atas dalam satu resit. Umbrella (26/12/2018 - 1/1/2019)

Dapatkan sekaki payung ekslusif Mary Poppins apabila belanja RM1,000 ke atas dalam satu resit.


Para pengunjung Aman Central juga dijemput untuk menyertai Peraduan Christmas Facebook (22/11/2018 - 1/1/2019) dan Mary Poppins Wannabe Instagram Contest (1/12/2018 - 1/1/2019). Hadiah-hadiah menarik dan eksklusif menanti anda semua.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari Facebook @AmanCentralAlorSetar atau Instagram @amancentralas

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING