‘THE SWEDE-EST CHRISTMAS’ DI IPC SHOPPING CENTRE

 
Diilhamkan oleh kota lama, Gamla Stan di Stockholm, Sweden, IPC membawakan suasana Krismas yang betemakan ‘The Swede-est Christmas’ tahun ini.


Ruang legar IPC ditransformasi menjadi tapak perayaan bersalji dengan sentuhan unik negara Sweden termasuk reindeers, figurin Tomte, Yule Goat dan pokok Krismas yang setinggi 19-kaki. 


IPC juga meraikan ulang-tahunnya yang ke-15 tahun ini. Terdapat pelbagai aktiviti menanti anda sekeluarga seperti bengkel membuat hiasan Krismas, sesi bertemu Tomte dan gadis Sweden, persembahan tarian Swedish Polska dan seni kraftangan untuk kanak-kanak. 





Terdapat pelbagai promosi dan ganjaran yang ditawarkan kepada pengunjung-pengunjung yang berbelanja di IPC dari sekarang sehinggga 1 Januari 2019:- 

• Untuk satu hari sahaja, 15 pembeli yang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM25,000 semasa IPC 15th Anniversary Giant Mission Box Giveaway .

  • Sebuah kotak misi gergasi, A Giant Mission Box akan didirikan di concourse  Aras G pada 15 Disember 2018, jam 3:00 petang. 
  • Pembeli harus memilih satu misi untuk disempurnakan untuk menebus hadiah mereka.
• Tebus satu kalendar meja 2019 IPC dan kertas pembungkus hadiah dengan berbelanja RM100 dan ke atas dalam satu resit. 
•  Tebus satu set straw keluli, buku tulis IPC, kalendar meja dan kertas pembungkus hadiah dengan berbelanja RM500 dan ke atas dalam kombinasi maksima 2 resit. 

Selaras dengan misi IPC sebagai destinasi seisi keluarga, kelab kanak-kanak IPC Små Club turut dilancarkan untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun. Keahlian percuma untuk satu tahun membolehkan ibubapa kanak-kanak menikmati promosi dan diskaun yang ditawarkan di IPC serta pelbagai ganjaran, aktiviti dan hadiah hari jadi.


Untuk maklumat lanjut tentang ‘The Swede-est Christmas’, sila layari www.ipc.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL