DAPATKAN LEBIH BANYAK ‘ONG’ DENGAN WECHAT PAY MY



WeChat Pay MY, ciri pembayaran dalam aplikasi komunikasi sosial terbesar di China yang dimajukan oleh Tencent mengumumkan bahawa ia akan memberi lebih ‘Ong’ kepada para penggunanya di Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina ini menerusi dua ganjaran hebat. 

Promosi perayaan istimewa ini, yang bermula dari 28 Januari hingga 17 Februari 2019, akan menghadiahkan pengguna bertuah WeChat Pay MY dengan pelbagai kupon tunai dan Paket Wang. Sepanjang tempoh promosi, pengguna bertuah berpeluang memenangi sehingga RM5000 dengan hanya menggunakan perkhidmatan pembayaran WeChat Pay MY.

“Kami sangat gembira kerana dapat menganjurkan promosi ini untuk pengguna kami. Ia merupakan inisiatif dari WeChat Pay MY untuk menyebarkan kemakmuran dan kemeriahan sempena Tahun Baru Cina ini, serta memberi ganjaran kepada pengguna WeChat yang aktif dan setia di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif WeChat Pay Malaysia, Jason Siew.


Nikmati Kupon Istimewa Setiap Kali anda menggunakan  WeChat Pay MY
Pengguna WeChat Pay MY diberi ganjaran sebaik sahaja mereka menggunakan e-Dompet masing-masing. Di bawah adalah cara-cara mudah bagaimana pengguna WeChat Pay MY boleh mendapat kupon melalui peranti mudah alih mereka:

·       Setiap pengguna akan mendapatkan satu kupon bernilai RM2 secara serta-merta sebaik sahaja mereka log masuk ke skrin utama WeChat Pay MY.
·       Jika ahli menambah nilai dompet WeChat Pay MY dengan amaun minima RM10 ataupun lebih, mereka boleh menebus kupon tambahan berjumlah RM5.
·       Bagi pengguna yang berjaya merangkaikan satu kad debit baharu dengan akaun WeChat Pay MY mereka, dia boleh menikmati lagi satu kupon tambahan bernilai RM5.

Secara kesimpulan, pengguna berpeluang memungut sebanyak RM12 dengan hanya menggunakan e-Dompet WeChat Pay MY mereka semasa melakukan apa-apa transaksi.

Kupon-kupon yang telah diperolehi boleh ditebus di semua pedagang WeChat Pay (tertakluk kepada perbelanjaan minimum sebanyak RM10), sekali gus membuatkan ganjaran ini mudah untuk dinikmati.


Goncang dan Menang Paket Wang
Promosi kedua yang akan berlangsung secara serentak dengan pemberian kupon akan pasti merangsang para pengguna! Selaras dengan tradisi bertuah sempena Tahun Baru Cina, pengguna WeChat Pay MY boleh  mencuba nasib mereka dengan WeChat Pay Shake Bonus.

Sepanjang tempoh promosi ini, sesiapa yang berbelanja RM5 dan ke atas melalui WeChat Pay MY boleh mengambil bahagian dalam Shake Bonus dan berpeluang untuk memenangi kupon bernilai sehingga RM66 ataupun mendapat Paket Wang sehingga RM88. Setiap kupon yang diterima adalah sah sehingga 14 hari mulai tarikh ia diperolehi dan hanya satu kupon boleh digunakan bagi setiap transaksi. 

Jika pengguna mendapat lebih daripada satu kupon di dalam e-Dompet WeChat Pay MY, kupon yang mempunyai nilai paling tinggi akan digunakan dahulu secara automatik. Manakala, pengguna yang mempunyai lebih daripada satu kupon dengan nilai yang sama, tempoh tamat yang paling awal akan digunakan terlebih dahulu.

Bagi mereka yang memenangi Paket Wang, nilai yang diperolehi akan ditambah kepada kredit yang sedia ada di dalam e-Dompet WeChat Pay MY masing-masing. Perkara penting yang mesti diingati ialah, Paket Wang akan luput jika pengguna tidak membukanya.

Memang banyak ‘Fatt’ yang menanti pengguna WeChat Pay MY. Setiap individu berpeluang untuk mencuba nasib  mereka dalam Shake Bonus sebanyak tiga kali sehari, jadi siapa cepat dia dapat.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Akaun Rasmi WeChat (WeChat Pay MY) atau laman Facebook Rasmi WeChat Pay MY https://www.facebook.com/WeChatPayMY.official



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING