HAUNTU, PENGALAMAN SERAM YANG KINI DIBUKA DI THE LINC, KL
Pasukan yang mengendalikan pemilikan francais bagi permainan interaktif (escape room) di pentas global, Breakout, dengan bangga melancarkan projek terbarunya, Hauntu, dengan membawa pengalaman seram yang immersif ke negara ini, konsep sebegitu yang pertama sekali di Malaysia. Terletak di Tingkat Dua The LINC KL, Hauntu kini dibuka untuk kunjungan orang ramai, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam pengalaman seram yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.
Hauntu, dengan sebutan yang tepat iaitu
“haunt-you”,
adalah gabungan di antara persembahan teater
dan sebuah rumah hantu yang secara keseluruhannya
memberikan sebuah pengalaman yang immersive – di
mana persembahan teater secara langsung, memainkan watak peranan serta pendedahan kisah
cerita disatukan bersama. Ia adalah satu-satunya
pengalaman seram yang immersif serta yang
pertama di Malaysia, di mana pengunjung mengambil watak
peranan dalam cerita, berinteraksi dengan watak-watak
lain yang dilakonkan oleh pelakon sebenar dan
membuat keputusan yang akan menjejaskan penghujung cerita dan memberikan
pengalaman yang berbeza. Bagi peminat pertunjukan
Netflix, iaitu Westworld, konsep Hauntu adalah
lebih mudah difahami.
Idea untuk menghasilkan Hauntu lahir selepas mengenal pasti bahawa
permintaan rakyat Malaysia terhadap pengalaman baru dan unik semakin bertambah
dengan pesat. “Jumlah pengunjung ke Breakout mencatatkan peningkatan dua digit
setiap bulan - kami sedar bahawa rakyat Malaysia sebenarnya bukan hanya
bersedia, tetapi mempunyai keinginan untuk mendapatkan pengalaman yang lebih
berbeza”, kata Johnny Ong, pengasas bersama Breakout dan Hauntu.
Bagi individu yang berani menyahut cabaran serta mereka yang suka pada
keseronokan, Hauntu, pastinya akan memberikan pengalaman unik yang direka khas
untuk mereka.
Merangkumi kawasan seluas 7,000 kaki persegi, Hauntu mengalu-alukan para
pengunjung untuk mendaftar masuk ke Hotel Colle Eastern, sebuah hotel yang
dibina berasaskan seni bina bangunan kolonial British pada zaman Malaya dulu.
Mempunyai lekapan dan perabot dengan gaya konsep 1950-an, para pengunjung tidak
hanya akan memainkan watak peranan dalam jalan cerita di hotel terkenal yang
penuh misteri, tetapi juga dapat merasai suasana Malaysia di era yang berbeza –
dari zaman sebelum kemerdekaan sehingga zaman kini.
Bukan hanya sekadar sebuah rumah hantu, Hauntu mengetengahkan tiga kisah cerita yang berlaku di dalam Hotel Colle Eastern yang dipenuhi dengan misteri dan paranormal. Sepanjang tempoh tiga bulan, setiap cerita akan diperkenalkan untuk orang ramai pada setiap bulan. Oleh kerana tiga kisah cerita adalah saling berkaitan, para pengunjung masih boleh mendapatkan pengalaman yang lengkap tanpa perlu risau pada kisah cerita yang mereka pernah lalui atau mulakan di Hauntu sebelum itu.
“Berbeza dengan Breakout, di mana matlamat para pengunjung adalah untuk
melepaskan diri dan menyelesaikan teka-teki – di Hauntu, para pengunjung
mengambil watak peranan dalam kisah cerita yang dipaparkan pada bulan tersebut
dengan tujuan until melakukan jenayah fiksyen atau menyelesaikan sebuah misi”,
jelas Ong.
Di Hauntu, seramai 6 hingga 10 pelakon yang merupakan sebahagian daripada kisah teater tersebut akan mempamerkan watak-watak mereka dalam kostum yang serba lengkap seperti para pelayan, ahli sihir, pengemas bilik hotel dan sebagainya, untuk memastikan setiap pengunjung dalam setiap cerita mempunyai pengalaman yang sahih dan menyeramkan.
Hauntu dibuka setiap hari daripada pukul 11 pagi sehingga 11 malam,
penyertaan terakhir adalah pada pukul 10 malam. Bayaran sekali masuk adalah
sebanyak RM58 untuk setiap seorang.
Untuk maklumat lanjut atau untuk mengetahui kisah cerita di Hauntu, layari laman web https://ihauntu.com atau hubungi +6011-1686 9199 untuk tempahan - siapa tahu, anda mungkin tidak mahu beredar dari situ...
Untuk maklumat lanjut atau untuk mengetahui kisah cerita di Hauntu, layari laman web https://ihauntu.com atau hubungi +6011-1686 9199 untuk tempahan - siapa tahu, anda mungkin tidak mahu beredar dari situ...
Comments
Post a Comment