JOOX BAWAKAN TIGA PROGRAM K-POP HEBAT TAHUN BARU INI


Sambut tahun baru dengan tangan dan hati terbuka sambil menyanyi dan menari bersama bintang-bintang handalan KPOP kegemaran anda secara langsung! 

Aplikasi muzik popular, JOOX terus membawakan hiburan muzik Korea terbaik dan paling mengujakan pada tahun 2019 melalui tiga acara strim secara langsung.

Alamilah kesan visual dan audio yang terbaik KPOP terus ke paparan di telapak tangan anda dengan JOOX - WINNER EVERYWHERE TOUR ENCORE IN SEOUL, iKON CONTINUE TOUR ENCORE IN SEOUL dan Seoul Music Awards (SMA) ke-28.

WINNER EVERYWHERE TOUR ENCORE IN SEOUL (5 Januari) 

WINNER, satu lagi kumpulan KPOP yang menggegarkan dunia, turut mengadakan persembahan ulangan untuk Everywhere Tour mereka tahun lalu! Sebagai tanda terima kasih di atas sokongan yang diterima oleh mereka daripada para peminat, kumpulan ini sekali lagi akan memenuhi KSPO DOME dengan muzik dan tenaga mereka bagi memulakan tahun 2019! 

WINNER EVERYWHERE TOUR ENCORE IN SEOUL 
5 Januari 2019 (Sabtu) Malaysia Jam 5 PETANG. 

iKON CONTINUE TOUR ENCORE IN SEOUL (6 Januari) 

Selepas kejayaan CONTINUE TOUR tahun lalu yang berjaya menyentuh hati peminat-peminat yang setia di Seoul, Thailand, Australia dan Singapura, sekali lagi iKON bakal menyajikan peminatpeminat mereka dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi memulakan tahun 2019 secara langsung di KSPO DOME, Seoul!

iKON CONTINUE TOUR ENCORE IN SEOUL 
6 Januari 2019 (Ahad) Malaysia Jam 5 PETANG.

Teruskan obsesi anda kepada iKON dan WINNER dengan mendapatkan interface iKON dan WINNER di JOOX.


Apa lagi yang anda sedang menantikan? 

Seoul Music Awards (SMA) 2019 (15 Januari) 

Sebagai mana yang dinanti-nantikan oleh peminat setia akan kehadiran Seoul Music Award, para peminat berpeluang untuk mengundi idola-idola KPOP kegemaran mereka bagi menentukan siapa yang bakal memenangi anugerah berprestij tersebut! SMA ke-28, bakal menampilkan BTS, Wanna One, Twice dan Red Velvet, yang akan menggegarkan dunia KPOP di Gocheok Sky Dome dan di mana jua anda berada melalui JOOX! 

Seoul Music Awards (SMA) 2019 
15 Januari 2019 (Selasa) Malaysia 5:50 PETANG 

Tidak dapat menyaksikan SMA tahun ini secara langsung? Jangan bimbang kerana anda masih dapat menyaksikan bintang-bintang kegemaran anda melalui video atas permintaan JOOX. 

Tidak cukup dengan KPOP? Log masuk ke aplikasi atau laman web JOOX dan dengarkan muzik KPOP terbaik pada bila-bila masa, di mana jua! 

Para peminat KPOP boleh menikmati muzik dan persembahan kegemaran secara langsung dan percuma dengan memuat turun JOOX dari Apple App Store,Google Play Store, atau dengan mengakses laman web JOOX. 


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING