GIANT KINI BERWAJAH BARU DI PLAZA SUNGEI WANG
Pasaraya Giant Sungei Wang kini dibuka semula selepas proses pengubahsuaian yang menyeluruh, menampilkan pengalaman dan konsep baru membeli-belah kepada para pembeli. Terletak di pusat kormesil dan hiburan, Bukit Bintang, Pasaraya Giant Sungei Wang adalah antara pasaraya Giant yang tertua di Malaysia. Ia membekalkan produk kegemaran keluaran Malaysia kepada pelancong dalam masa yang sama, menawarkan pelbagai produk segar kepada para pembeli tempatan.
Parasaya Giant Sungei Wang yang baru menampilkan pelbagai makanan yang sedia untuk dimakan seperti makanan Korea, bento Jepun dan nasi campur serta sebuah bakeri berkonsep baru. Tambahan baru, Uncle Jack’s Fried Chicken menawarkan menu tempatan dengan harga yang berbaloi untuk wargakerja di sekitar Kawasan Bukit Bintang.
Para pelancong juga berpeluang membawa balik produk-produk Malaysia yang berkualiti dari rangkaian Citarasa Malaysia. Antara produk yang ditawarkan di bahagian ini adalah kopi putih, teh, sos istimewa, keropok, mi dan herba Cina.
Untuk meraikan pembukaan semula Pasaraya Giant Sungei Wang, pelbagai aktiviti akan dianjurkan seperti sesi menjamah makanan, hadiah misteri, peraduan dan promosi. 1,000 pelanggan dengan pembelian minima RM50 di bulan Februari juga berpeluang mendapatkan baucer bernilai RM5 dari Giant.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.giant.com.my dan ikuti laman Facebook: www.facebook.com/giantmalaysia
Comments
Post a Comment