KEENAKAN KULINARI TAHUN BARU CINA DI HOTEL IMPIANA KLCC



Sempena Tahun Baru Cina ini, Hotel Impiana KLCC bakal membawakan pelbagai hidangan kulinari yang lazat untuk para tetamunya. Dapatkan sajian Cina yang menjadi kegemaran ramai seperti Roasted Beijing Duck, Fried Butter Crabs with Chili and Curry Leaves, Stir Fried Soy-marinated Lamb Shoulder with Ginger, Fried Red Snapper with Sweet and Sour Pineapple Sauce, Chinese-style Prawn Salad with Orange Mayonnaise, Jelly Fish with Szechuan Paste and Sesame Seeds dan banyak lagi!

Selain daripada masakan Cina, jamulah selera anda dengan pelbagai sajian tempatan dan antarabangsa, juga menampilkan stesen BBQ dengan hidangan Cajun Chicken Legs, Minute Steak, Blue Sea Crab, Mackerel dan Baby Sting Ray.

Jangan lupa untuk mulakan santapan anda dengan lambungan 'Yee Sang' yang dikatakan membawa tuah menurut tradisi kaum Cina untuk meraikan kehadiran Tahun Baru Cina.


Ikan Jenahak Merah Goreng dengan Sos Masam Manis Nenas (Fried Red Snapper with Sweet and Sour Pineapple Sauce)

Itik Panggang Beijing (Roasted Beijing Duck)

Sotong Goreng dengan Sos Szechuan (Stir-fried Squid with Szechuan Sauce)

Kari Aneka Makanan Laut (Seafod Curry)

Tempoyak Ikan Patin 

Ketam Goreng Mentega dengan Cili dan Daun Kari (Fried Butter Crabs with Chili and Curry Leaves)

Tauhu Rebus dengan Sayuran dan Sos Scallop (Braised Beancurd and Vegetables with Dried Scallop Sauce)

Aneka Sushi Dan Maki

Makanan Laut Sejuk Berais

Hirisan Abalone (Sliced Jade Abalone with Small Chilis)

Obor-obor dengan pes Szechuan dan bijan (Jelly Fish with Szechuan Paste and Sesame Seeds)

Kambing Bakar dengan Sayuran (Roasted Lamb and Vegetables)

Stesen BBQ - Pilihlah makanan yang anda suka dan ia akan dipanggang dengan sempurna untuk anda.

Udang Harimau masak Kam Hiong (Kam Hiong Tiger Prawns)

Salad Udang Cina dengan Mayonis Oren (Chinese-style Prawn Salad with Orange Mayonnaise)

Antara manisan seperti Deep Fried Lotus Paste Pancake, Pin Pei Roll, Fried golden lingko ball, CNY Fortune Cookies, Chilled Mango and Sago Lemon Meringue Tart, Candied Coconut & Lotus Root, Mini Pavlova with Seasonal Fresh Fruits, Whole Glazed Chocolate Cake, Assorted French Pastries, Warm Blueberry Crumble with Vanilla Sauce, Chocolate Fountain with Fruit and Marshmallow Pick, 12 Flavours of Baskin Robbins Ice-Cream with Toppings and Condiments, ABC with condiments. dan banyak lagi untuk menambat selera anda di Tahun Baru Cina.












Chinese New Year Eve Buffet Dinner

Bermula 4 Februari 2019, jam 6.30petang sehingga 10.30malam di Tonka Bean Café & Deli

RM188.00+ dewasa / RM38.00+ kanak-kanak



Chinese New Year High Tea

Bermula 5 Februari 2019, jam 12.30tgh sehingga 4.00petang di Tonka Bean Café & Deli

RM79.00+ dewasa / RM25.50+ kanak-kanak

Termasuk hidangan Yee Sang di meja buffet.




Chinese New Year Menu (Dihidang ala-Bankuet)

Boleh didapati sehingga 19 Februari 2019 melalui tempahan terlebih dahulu sahaja, tiga menu yang berharga RM1,488.00+, RM1,788.00+ dan RM2,388.00+ untuk 10 orang dalam satu meja, dengan sebotol wain merah/putih. Tempat santapan (di dalam hotel) dan masa, bergantung kepada tempahan dan ketersediaan tempat dan ruang masa.



Fusion Chinese Specialty Menu

Bermula 15 Januari sehingga 19 Februari 2019 (tidak termasuk 14 Februari 2019).
Masa: 12.00 tgh sehingga 2.00petang & 6.00petang to 9.30malam di Cedar on 15.

RM288.00nett seorang (6-course) / RM188.00nett seorang (4-course), inclusive termasuk wain dan minuman bergas tanpa had.



Hidangan Tahun Baru Cina tidak lengkap tanpa 'Yee Sang'. Impiana KLCC Hotel menawarkan hidangan signaturnya dengan ramuan lazat seperti Obor-obor, ketam berkulit lembut, salmon, abalone dan udang kara. Ia boleh didapati untuk dinikmati di restoran atau bawa-pulang sehingga 19 Februari 2019, dengan harga dari RM58.00+ satu set di Tonka Bean Café & Deli.

Dine-in:

Jelly Fish: RM58.00+ (kecil) / RM98.00+ (besar)
Soft Shell: RM88.00+ (kecil) / RM158.00+ (besar)
Salmon: RM88.00+ (kecil) / RM158.00+ (besar)
Abalone: RM108.00+ (kecil) / RM188.00+ (besar)
Lobster: RM268.00+ (kecil) / RM398.00+ (besar)

Take-away:

Jelly Fish: RM68.00+ (kecil) / RM118.00+ (besar)
Soft Shell: RM98.00+ (kecil) / RM178.00+ (besar)
Salmon: RM98.00+ (kecil) / RM178.00+ (besar)
Abalone: RM118.00+ (kecil) / RM208.00+ (besar)
Lobster: RM288.00+ (kecil) / RM418.00+ (besar)


Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi talian 03- 2147 1111 atau e-mail: fnbsecretary.iklcc@impiana.com. 

Impiana KLCC 
Alamat: 3, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. 



Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3