10 SEBAB ANDA WAJIB KE MYBALLOONFIESTA, PUTRAJAYA



1. Akses Ke Launching Field 
Dalam zon ini, pelawat dapat melihat penyelidian penerbangan belon udara panas. Ia juga merupakan peluang keemasan untuk jurugambar dan peminat “selfie”. Ini adalah satu-satunya peluang bagi mereka untuk mengambil gambar dua puluh belon (20) udara panas sebelum kesemuanya berterbangan di langit. 

2. Night Glow + Kit oleh Oppo 
Tahun ini, acara Night Glow dibawa khas oleh Oppo. Terdapat artis undangan khas akan mengadakan persembahan pada malam Sabtu, dan kemuncak acara ini merupakan pesta meriah bersama bunga api, belon udara panas dan muzik. Pengunjung digalakkan menari mengikut rentak muzik serta mendapatkan “Night Glow Kit” untuk menceriakan malam anda. 


3. MyBalloonClub oleh Gamuda Land 
Aktiviti istimewa belon udara panas yang hanya berlangsung pada hujung minggu adalah MyBalloonClub oleh Gamuda Land. Satu-satunya cara untuk menaiki belon udara panas bertambat dalam “tethered balloon”, menikmati persembahan jazz dan sarapan pagi di ruang eksklusif sambi 

4. Bersantai di Zon Merah Jambu 
Nikmati hidangan sarapan lazat dengan keluarga dan rakan-rakan anda serta lepak di atas beanbag sambil menyaksikan pemandangan belon berterbangan di langit. Picnic Area adalah salah satu tempat bersantai yang selesa di pesta.


5. Pemasangan Seni Belon Berinteraktif 
Pastikan anda melawat ke pavilion pemasangan seni belon berinteraktif, “Balloon Discovery Centre” di kawasan tengah Zon Merah. Sesuai untuk mengambil gambar dan anda berpeluang untuk melawat ke khemah korporat kami. 

6. Pelbagai Makanan & Minuman di Zon Ungu 
Sebanyak 80 gerai dan 20 trak makanan akan menjadi sebahagian daripada Love Food Fest di MyBalloonFiesta dengan jaminan kepuasan bereneka selera! Sekiranya anda penggemar makanan atau mencari masa keemasan untuk mengisi perut anda - inilah tempatnya! 


7. Tujuh Belon Berbentuk Khas 
Wakil Sepanyol, Jepun, Brazil, Slovakia dan Belgium serta Taiwan tahun ini hadir bersama belon berbentuk khas mereka - semuanya tujuh belon yang paling istimewa buat pengunjung untuk menyaksikan di langit Putrajaya! Pastikan anda mengambil gambar bersama belon berbentuk “gnome”, badut, gajah, beruang “OhBear”, sotong merah dan belon “Heart” shaped di Zon Biru! 

8. Fun Zone di Zon Kuning 
Terdapat banyak aktiviti yang lasak dan menarik untuk semua peringkat umur. Pelawat boleh bermain Pedal Go kart, Zorb Ball, Reverse Bungee, Inflatable Trampoline, Water Orb dan juga memanah. Aktiviti-aktiviti sampingan ini akan disediakan sepanjang hari. 


9. Penerbangan Belon Komersial 
MyBalloonAdventure menawarkan pernerbangan belon udara panas bersama-sama dengan semua belon yang menyertai fiesta ini. Peluang ini amatlah berharga, jadi pastikan anda mendapatkan slot anda melalui www.myballoonadventure.com. 

10. Acara Percuma Kepada Semua
Pesta ini merupakan acara percuma kepada semua lapisan umur. Semua kawasan boleh diakses tanpa tiket kecuali Zon Biru. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli tiket di tapak acara selagi stok masih ada! 


Antara rakan-rakan korporat yang berusaha untuk merealisasikan fiesta tahun ini adalah penaja yang dihormati Oppo Malaysia (sebagai Rakan Smartphone Rasmi), Gamuda Land Sdn Bhd (sebagai Rakan Pemaju Hartanah Rasmi), Dorsett Putrajaya Hotel (Hotel Rasmi), D’Tandoor Food Ind. Sdn Bhd dan Doof The World Sdn Bhd (sebagai Rakan Eksklusif), Rakita, Aforadio Marketing Sdn Bhd dan Ripple (sebagai Rakan Media), F&N Sdn Bhd & Parkson Sdn Bhd (sebagai Rakan Korporat), Love Food Festival, Biji Biji Design Sdn Bhd, MULA Sdn Bhd dan Express Rail Link Sdn Bhd (sebagai Rakan Sokongan). 


Antara inisiatif untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, MULA dan KL Transit akan memberikan diskaun istimewa melalui kod promo “BALLOON19”. 


Kepada sesiapa yang berminat, boleh melawat www.myballoonfiesta.com, atau ikuti laman Facebook — Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta, dan akaun Instagram & Twitter, @myballoonfiesta #myballoonfiesta. 

Fiesta ini berlangsung dari 28 Mac sehingga 31 Mac 2019 sempena cuti sekolah. Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya anjuran AKA Balloon Sdn Bhd dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!