BIO-LIFE® LANCAR MEGA-C PLUS BIOFLAVONOID



BiO-LiFE® Marketing Sdn. Bhd., subsidiari kepada MEGA LIFESCIENCES (salah satu syarikat farmaseutikal dan nutraseutikal terkemuka beribu pejabat di Bangkok) dan penyokong “Pencegahan ialah Perubatan Terbaik”, telah melancarkan MEGA-C Plus Bioflavonoid serba baharu, vitamin C dalam bentuk sachet di Malaysia yang memenuhi keperluan individu yang sentiasa sibuk! 

Boleh didapati dalam bentuk serbuk berperisa oren dalam sachet dengan dos sekali sehari, MEGA-C Plus Bioflavonoid ialah vitamin C kekuatan tinggi dalam kalsium askorbat yang diperkaya dengan bioflavonoid. Memandangkan vitamin C ialah vitamin larut air, bioflavonoid membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C dalam tubuh.

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, MEGA-C Plus Bioflavonoid adalah diformulasikan dalam bentuk askorbat pH neutral agar tidak merengsakan perut! Demi memenuhi keperluan gaya hidup moden dan golongan kekurangan vitamin C, MEGA-C Plus Bioflavonoid yang boleh didapati dalam bentuk sachet individu serba mudah ini membantu membekalkan vitamin C 1000 mg untuk kebaikan berpanjangan,


Jadi, bagaimanakah cara untuk mengambil MEGA-C Plus Bioflavonoid setiap hari? Mudah sahaja! Pada bila-bila masa, cuma bancuhkan satu sachet dengan segelas air sejuk dan minum sekali sehari. Teramat mudah!

Sesuai untuk semua yang berumur 12 tahun ke atas termasuk golongan sibuk dan aktif, pengembara, warga emas dan golongan yang berkesihatan rendah, anda boleh mendapatkan MEGA-C Plus Bioflavonoid tanpa gula tambahan dalam kotak 30 sachet yang berharga RM 55.00 setiap kotak.

Ia boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara termasuk Caring, Guardian, Watsons dan farmasi Iindividu. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://Biolife.2.vu/MegaCPlus

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO