#CAMEOGEGAR CUNGKIL BAKAT LAKONAN TERPENDAM

Peserta #CameoGegar, dari kiri, Faha Azhar, Adli Shinichi, Anuar Hamizan, Hana Mikael, Aria Maslan dan Fadhli Masoot

Pertandingan #CameoGegar telah tiba di kemuncaknya apabila finalis, Fadhli Masoot dinobatkan sebagai juara dalam acara peringkat akhir yang diadakan di Bukit Jalil Golf and Country Resort baru-baru ini. #CameoGegar dibawa khas oleh jenama radio GEGAR, Permata Pantai Timur, untuk peminat-peminat GEGAR sebagai peluang keemasan untuk menonjolkan bakat lakonan terpendam.

Sebagai hadiah Fadhli bakal ditawarkan untuk berlakon bersama-sama artis terkemuka tanah air di slot Megadrama Astro Ria (saluran 104).

Pemenang #CameoGegar, Fadhli Masoot

Peringkat akhir #CameoGegar menyaksikan enam finalis menjalani beberapa cabaran lakonan seperti berlakon secara solo mengikut watak dan karakter yang ditentukan oleh juri dan berlakon bersama pelakon terkemuka tanah air. Bakat lakonan dan kreativiti persembahan yang ditonjolkan oleh finalis ini diadili oleh pengarah terkenal, Michael Ang dan penerbit eksekutif Astro Ria, Sharifah Fatimahtuzzaharaa’ Syed Taha.


Finale #CameoGegar juga menampilkan kehadiran artis-artis tempatan seperti Aril Pilus, Marsha Milan, Afieq Syazwan, Fieya Julia dan Elisha Sandha. Selain daripada membuka peluang dan mengetengahkan bakat baharu kepada industri kesenian Malaysia, #CameoGegar bertujuan mendekatkan jenama radio GEGAR dengan peminat-peminatnya melalui media sosial sambil memberi semula penghargaan untuk peminat-peminat setia GEGAR melalui peluang keemasan ini.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM