FILEM SULUNG ARAHAN MAWI "TIADA TAJUK" KE PAWAGAM 4 APRIL



Selepas lima tahun telemovie arahan Asmawi Ani berjudul Rock Sangkut mendapat sambutan yang menggalakkan ketika ditayangkan di Astro pada tahun 2014, kini juara Akademi Fantasia 3 (AF 3) itu muncul dengan filem berjudul ‘Tiada Tajuk’ terbitan Mawi World Entertainment. 

Mawi berkata, filem sulung arahannya itu merupakan kesinambungan dan diolah semula menerusi telemovie Rock Sangkut dengan turut mengekalkan teraju utamanya iaitu Hazama, Along Cham dan Joey Daud. “Kalau diikutkan sudah lama sebenarnya saya mempunyai impian untuk menerbitkan filem sendiri iaitu kira-kira lima tahun yang lalu. “Bagaimanapun, saya mahu kutip dulu pengalaman dengan menghasilkan beberapa buah drama dan telemovie sehinggalah saya mengambil keputusan mengarahkan filem pula,” ujarnya. 

Selain mengekalkan ketiga-tiga pelakon tersebut sebagai teraju utama, Mawi sendiri turut berlakon dalam filem berkenaan dan bergadingan dengan Anas Tahir. Antara lain-lain pelakon yang turut membintangi filem berkenaan antaranya seperti Ropie, Kamarul Hj Yusof, Amirah Othman dan Johan As’ari. Untuk penggambaran pula, Mawi memberitahu ia berlangsung selama 30 hari di beberapa buah lokasi di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. 


Bercerita lebih lanjut tentang filem terbaharunya itu, dia sudah menentukan barisan pelakon yang akan membintangi filemnya itu. “Sewaktu saya menghasilkan skrip untuk filem Tiada Tajuk ini, saya sudah mendapat bayangan tentang barisan pelakon. 

“Alhamdulillah, hampir 90 peratus pelakon yang saya inginkan telah bersetuju untuk berlakon dalam filem arahan saya ini,” jelasnya. Mengakui berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang menghasilkan filem ini, juara AF 3 itu juga beranggapan ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. 

“Untuk filem sulung ini, saya tidak meletakkan harap yang terlalu tinggi, hanya sekadar berharap penonton suka dan menerima naskhah ini,” ujarnya. 

SINOPSIS 
Tiada Tajuk mengisahkan mengenai tiga orang sahabat dari kampung, dianggap sebagai ‘kutu’ yang mana bercita-cita untuk menjadi artis terkenal. Ternyata banyak dugaan yang mereka lalui sepanjang perjalanan mereka ini. Persoalannya. 

Adakah mereka berjaya, untuk menjadi artis terkenal? Dan apa yang mereka lalui bilamana mereka terkenal. Filem sulung arahan Mawi dan terbitan Mawi World Entertainment ini bakal ditayangkan di pawagam pada 4 APRIL 2019.



Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 April 2019
Genre: Komedi
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Mawi, Hazama Azmi, Along Cham, Joey Daud
Pengarah: Mawi
Format: 2D


Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA