HIRUPLAH UDARA SEGAR DI 5 DESTINASI PERCUTIAN BEBAS JEREBU



Walaupun terdapat banyak kelebihan untuk tinggal di kota besar, nanum kekurangannya tetap ada - contohnya, kualiti udara kurang memuaskan terutamanya di Malaysia yang sering menghadapi masalah jerebu. Jika percutian dengan udara bersih dan segar adalah dalam agenda anda, manfaatkan senarai cadangan Agoda yang disediakan ini berdasarkan laporan Tahap Kualiti Udara oleh Universiti Yale[1].


Australia (Kedudukan Tahap Kualiti Udara: 1)

Menurut laporan Universiti Yale, Australia adalah negara yang mempunyai udara paling bersih di dunia. Hobart, ibu kota Tasmania, adalah salah satu kota yang mempunyai kualiti udara terbaik. Kota ini merupakan sebuah kota pelabuhan indah yang dikelilingi oleh kawasan pergunungan. Ia adalah lokasi terbaik untuk mendapatkan makanan laut yang segar serta menjelajahi hutan rimba dan pantai yang terpencil. Mulakan pengembaraan di Tasmania untuk menikmati udara segar sepanjang tahun dengan menginap di The Old Woolstore Apartment Hotel.

Melbourne mendahului bandar besar lain di tanah besar Australia. Ibu kota kebudayaan Australia ini menawarkan pengalaman membeli-belah terbaik dan takwim yang sarat dengan acara-acara hebat sepanjang tahun. Pengunjung pasti tidak akan merasa bosan kerana terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan di bandar wilayah Victoria ini. Reputasinya sebagai The Garden State, dan persisiran pantai Bayside memastikan anda akan dapat bersantai sambil menikmati udara bersih. Nikmati percutian pantai dengan memilih penginapan Agoda Beachside Port Melbourne.


Kanada (Kedudukan Tahap Kualiti Udara: 4)

Walaupun terdapat banyak bandar lain di Kanada yang layak disenaraikan di sini, Vancouver dipilih kerana ia terkenal dengan kegiatan luar rumah yang menjadi gaya hidup penduduk tempatan. Dengan budaya nautika yang sesuai dengan lokasi pinggirnya, serta taman Stanley Park yang berkeluasan ribuan ekar, bandar ini menawarkan pelbagai aktiviti kepada mereka yang ingin menghirup udara segar sambil berehat atau bersenam. Terletak berhampiran pusat-pusat peranginan musim sejuk terkemuka Kanada, pengunjung ke kota ini pastinya akan kembali lagi ke bandar metropolis ini. 

SureStay Hotel by Best Western North Vancouver Capilano menawarkan lokasi strategik untuk menerokai kota yang hebat ini.


Brunei (Kedudukan Tahap Kualiti Udara: 8)

Negara Brunei adalah negara yang mendapat tahap PM2.5 (indeks pencemaran udara) yang terbaik di Asia. Walaupun ia kerap diabaikan sebagai destinasi pelancongan, negara ini terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur untuk percutian singkat. Dikenali sebagai Darussalam atau “Abode of Peace”, Brunei menawarkan keindahan alam semulajadi, hidupan liar yang jarang ditemui di kawasan lain dan seni bina Islam yang pastinya menawan setiap pengunjung ke negara ini.

Untuk penginapan, jadikan The Fern Apartment sebagai pilihan anda. Ia menawarkan ruang tamu luas, dapur terbuka dan ruang makan yang selesa.

Amerika Syarikat (Kedudukan Tahap Kualiti Udara: 10)

Bukan mudah untuk memilih hanya satu destinasi dari negara yang amat luas ini, namun Portland, Oregon, menjadi pilihan utama kerana indeks pencemaran udaranya kerap berada dalam digit tunggal. Dikelilingi oleh hutan pokok redwood yang luas, dan persisiran pantai Pasifik, Portland adalah sebuah tempat yang harus dikunjungi untuk menghirup udara segar dan bersih. 

Terokai Portland dan kawasan persekitarannya dengan menginap di Staypineapple at Hotel Rose, sebuah hotel yang ceria dan menarik. 


Jepun (Kedudukan Tahap Kualiti Udara: 27)

Jepun, sebagai negara asal yang memeterai pakatan Protokol Kyoto patut dimasukkan ke dalam senarai negara yang harus dilawati untuk udara yang berkualiti. Kunjungilah Kyoto, kota yang memberi nama kepada Protokol Kyoto. Luangkan masa seharian untuk menerokai kuil-kuil yang telah dibina sejak kurun yang lepas dan taman-taman yang indah. Kyoto harus dikunjungi oleh pelancong yang ingin meneroka negara ini yang kaya dengan warisan turun-temurun.

Dapatkan khidmat dan kemudahan yang bertaraf tinggi apabila anda menginap di Daiwa Royal Hotel Grande Kyoto. Dari sini, anda boleh mengunjungi banyak destinasi terkenal dengan mudah di kota yang kaya dengan budaya ini. 


Comments

Popular Posts