KEGEMILANGAN MENANTI JUARA ESPORT DI ECURVE!



Sukan elektronik (eSport) yang menjadi fenomena di seluruh dunia kini dipandang setaraf dengan sukan kompetitif yang lain, kerana ianya memerlukan bukan sahaja strategi, malahan kemahiran dan juga ketangkasan. Demam eSport kini bakal melanda eCurve untuk sebuah perlawanan dan pertempuran yang penuh aksi!

Pada bulan Mac ini, eCurve akan menjadi tuan rumah kepada bukan hanya satu, tetapi dua permainan atas talian mudah alih, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) pada hujung minggu 23 dan 24 Mac, serta Mobile Legends yang cukup dikenali ramai pada 30 dan 31 Mac. Pemain arena permainan atas talian perlu mengalahkan pihak lawan dengan menggunakan kebolehan mereka untuk bertahan di dalam sebuah permainan yang memerlukan mereka bergerak pantas di dalam separuh masa pertama kejohanan eSports. Dalam separuh masa kedua, para pemain akan menggunakan kemahiran serta kepintaran mereka untuk menyerang kubu musuh sementara melindungi kubu sendiri.

Bagi peminat PUBG dan Mobile Legends, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi ini secara langsung di Centre Atrium eCurve! Setiap perlawanan akan dipaparkan secara langsung di skrin digital LED, termasuk siaran langsung di laman Facebook eCurve serta laman Facebook Geek Fam, Geek Arena, GeekTV, Geek Fam PUBG dan Geek Fam MLBB. Hujung minggu ini akan menjadi lebih padat dengan hiburan buat para peserta dan juga peminat!

Para peserta PUBG akan berentap demi meraih kemenangan pada 23 dan 24 Mac, manakala pusingan kelayakan bagi Mobile Legends akan diadakan pada 25 Mac hingga 29 Mac 2019, sekaligus membolehkan mereka untuk meraih gelaran juara pada perlawanan akhir yang merupakan acara kemuncak pada 30 dan 31 Mac. 

Kejohanan eSports ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000. Kumpulan yang menjuarai tempat pertama bagi permainan PUBG akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,400 manakala pemenang tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang RM1,200 dan RM600. Pemenang tempat keempat, kelima dan keenam turut berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM400, RM250 dan RM150. 

Peserta Mobile Legends turut berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Para pemain boleh bertanding untuk memenangi hadiah harian sebanyak RM200, yang merangkumi pelbagai kategori. Hadiah wang tunai tersebut akan diberikan kepada kategori play of the day di mana pemain akan menerima RM50, manakala pemain yang memenangi kategori most wanted solo player dan best team spirit pula akan menerima RM50 dan RM100. Juara bagi permainan mudah alih atas talian Mobile Legends akan menerima RM3,500. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM2,000 dan RM1,500. Selain itu, pemenang tempat keempat turut berpeluang untuk menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 manakala pemenang tempat kelima dan keenam berpeluang menerima RM600 dan RM400.

Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi berkata, “Sebagai sebuah pusat beli-belah bertemakan hiburan, kami amat teruja untuk menganjurkan kejohanan eSport untuk tahun kedua berturut-turut yang menjanjikan lebih banyak keseronokan buat pengunjung setia kami. Kedua-dua permainan PUBG dan Mobile Legends telah menjadi cukup terkenal di kalangan pemain-pemain muda dan kami amat teruja untuk menyediakan peluang untuk mereka bertanding di platform yang lebih besar. Permainan ini yang merupakan lebih dari sekadar sebuah hobi turut menggalakkan kemahiran berfikir secara kritikal dan juga semangat berpasukan, kemahiran berfikir secara kreatif dan strategik. Buat semua pasukan yang bertanding, kami ucapkan selamat berjaya!”

Teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kejohanan eSport 2019 eCurve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook di www.facebook.com/eCurveMall atau Instagram eCurve di www.instagram.com/ecurve_official (ecurve_official).

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"