MARY KAY LANCAR VITAMIN C ACTIVATING SQUARES
Memperkenalkan revolusi penjagaan kulit yang mampu membekalkan kesegaran dan kuasa vitamin C tulen, yang cuma perlu diaktifkan di tapak tangan. Inovasi kepingan kecil mudah larut ini adalah yang pertama dalam industri penjagaan kulit dan hanya boleh didapati daripada Mary Kay. Kecilnya muat sempurna di hujung jari, kuasanya mampu meningkatkan keberkesanan serum anda dengan pelbagai khasiat.
Memperkenalkan TimeWise® Vitamin C Activating Squares™ BARU
Vitamin C tulen hilang zat dan keberkesanannya apabila terlalu lama terdedah kepada udara, cahaya atau air. Disebabkan hal ini, kepingan kecil baru mudah larut Mary Kay lain dari yang lain. Ia menyelesaikan masalah ini dengan teknologi canggih yang membantu vitamin C tulen kekal stabil sehingga digunakan. Kepingan segi empat ini larut di tapak tangan anda, dan menjadi eliksir vitamin C tulen yang segar dan poten yang meningkatkan keberkesanan apa sahaja serum Mary Kay® untuk kuasa anti-penuaan yang lebih hebat. Bayangkan, vitamin C tulen yang sentiasa segar!
Untuk mengaktifkannya, cuma larutkan satu keping TimeWise® Vitamin C Activating Squares™ dengan 3-4 titik Mary Kay Botanical Effects Freshen in Formula 2 di tapak tangan anda dan tambahkan serum. Ia mudah untuk digunakan dan anda pasti teruja melihat kesannya. Selepas hanya dua minggu* ujian klinikal, penggunaan TimeWise® Vitamin C Activating Squares™ telah menunjukkan tona kulit pengguna semakin sekata, kulit menjadi lebih berseri serta kurang garis halus dan kedut. Kesannya menjadi semakin ketara dengan waktu.
Sangat mudah menjadikan serum anda superhero sekarang. Dan kesegaran zat vitamin C benar-benar ada di tangan anda. Produk inovasi ini hanya boleh didapati melalui Konsultan Kecantikan Mary Kay.
“Anda pasti belum pernah melihat produk seperti ini. Teknologi canggih yang menghasilkan kepingan kecil hebat ini mampu memberikan dos kesegaran tulen dan kuasa kecantikan setiap kali anda menggunakannya. Anda sendiri mengaktifkannya dalam sekelip mata sahaja! Ia keajaiban di tapak tangan anda.” – Dr. Michelle Hines, Pengarah Penyelidikan Kulit dan Klinikal dan Pemahaman Produk Pengguna, Mary Kay Inc.
*Keputusan adalah berdasarkan ujian klinikal bebas selama empat minggu bersama 29 wanita yang menggunakan TimeWise® Vitamin C Activating Squares™ bersama asas neutral tiga kali seminggu.
Produk ini tidak boleh dicampur dengan tabir suria atau produk jerawat. TimeWise® Vitamin C Activating Squares™ berharga RM 99 dan boleh dibeli mulai 1 Mac 2019.
Comments
Post a Comment