MUZIKAL "MALAYA RELIVED: THE FALL OF SINGAPORE" DI GMBB



Berkisar di sebalik ilmu sihir, pembelotan dan penjajahan British; persembahan muzikal yang imersif ini cuba merungkai teras di mana identiti kebudayaan Melayu dibina.

The Fall of Singapore, persembahan yang pertama dalan siri Malaya Relived, mengisahkan dua beradik, Zubaida dan Zabir dari sebuah keluarga berketurunan Bugis yang tinggal di Singapura semasa penjajahan Empayar British. Mereka cuba menyiasat tentang kematian bapa mereka yang terjadi dengan penuh misteri.

Penonton bakal disajikan dengan pengalaman yang imersif di mana mereka dapat merasai majlis pengkebumian secara dekat yang berlaku di dalam sebuah rumah kampung di zaman 40-an.

Persembahan muzikal ini dijayakan oleh syarikat teater, Liver and Lung yang pernah memenangi anugerah berkerjasama dan GMBB, sebuah hab membeli-belah di Kuala Lumpur.

Dibintangi oleh Zickry Yusoff sebagai Zabir dan Putrina Rafie sebagai Zubaida, The Fall of Singapore diarahkan oleh Shafeeq Shajahan, penulis, pengarah, komposer dan penerbit bersama Ian Nathaniel yang berperanan sebagai pengarah muzik, penggubah dan pernerbit bersama.




Lokasi pementasan:
GMBB Gallery, No 2, Jalan Robertson, 50150, Kuala Lumpur 
22-24 Mac 2019, 8 malam.

Harga tiket adalah RM70 untuk orang ramai dan konsesi pada RM60. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.liverandlung.com/malayarelived.

Comments

Popular posts from this blog

IKON BUKIT BINTANG KEMBALI: THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAMPIL LEBIH SEGAR DAN KONTEMPORARI

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

HEALTH SUMMIT ASIA (HSA) 2027: MEMACU INOVASI, AKSES PASARAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI SELURUH EKONOMI KESIHATAN ASIA YANG BERNILAI RM20 TRILION

ASTRAZENECA MALAYSIA & MSN TINGKATKAN KESEDARAN SERTA SOKONGAN PENJAGAAN AHUS