‘NICKELODEON SLIME TIME’ PERTAMA DI MALAYSIA DI SUNWAY PYRAMID
Terokai sebuah pengalaman yang dipenuhi dengan keseronokan pada bulan Mac ini di Nickelodeon Slime Time, acara unik yang diisi dengan lendiran (slime) di Malaysia buat julung kalinya dibawakan di Sunway Pyramid.
Para keluarga dan kanak-kanak boleh menantikan kedatangan acara slime unik ini yang bersifat interaktif dan percuma bagi aktiviti-aktiviti dan permainan terpilih yang akan bertempatkan di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid dari Mac 15-31.
Acara bertemakan slime yang unik ini meliputi dua versi permainan: yang pertama merangkumi aktiviti dalam persekitaran yang bersih, dan yang kedua merangkumi aktiviti dalam persekitaran yang lebih lasak dan dilumuri dengan slime! Slime Time akan menghoskan pelbagai aktiviti seperti ‘Slime Shower, ‘Slime Escape Room’, ‘Slime Blaster’, ‘Slime Workshop’ dan ‘Slime Slide’.
Perserta dan rakan-rakan boleh merasakan pengalaman yang lebih hebat dan bersuka ria di dalam slime melalui acara ‘Slime Shower’! Acara ini boleh disertai seramai 6 orang pada masa yang sama dan memerlukan untuk prapendaftaran. Para perserta digalakkan membawa pakaian salinan dan menanggalkan kasut sebelum menyertai ‘Slime Shower’ ini.
Bagi yang menggemari cabaran, Slime Escape Room ialah pilihan yang tidak harus dilepaskan!Peserta akan diberikan satu minit untuk menyelesaikan klu yang disediakan dan mencari kunci untuk melepaskan diri – peserta yang dapat menyudahkan cabaran tersebut dalam masa yang ditetapkan akan memenangi hadiah istimewa.
Bagi mereka yang berasa kreatif, ruang luar Slime Escape Room merangkumi dinding mural yang kompleks dengan grafik menarik untuk diisi dengan imaginasi anda. Golongan dewasa dan kanak-kanak boleh mengambil dakwat berwarna yang disediakan dan mewarnakan mural tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Kanak-kanak juga boleh mencuba kebolehan mereka untuk membidik di Slime Blaster, sebuah permainan tembakan slime dengan ‘Nickelodeon Hyper blaster’ untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.
Peserta juga berehat sementara daripada kesibukan aksi-aksi dan mempelajari cara untuk menghasilkan slime mereka sendiri menerusi Bengkel Slime, yang hanya akan diadakan pada setiap hujung minggu dan prapendaftaran harus dibuat terlebih dahulu.
Akhir sekali, peserta bole melengkapkan pengalaman unik ini dengan acara ‘Slime Slider’ yang dibuka untuk kanak-kanak daripada pelbagai lapisan umur untuk berseronok di atas gelongsor!
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-belah dan Taman Tema Sunway, H.C Chan berkata, “Kami berasa teruja untuk menghoskan acara Nickelodeon Slime Time yang pertama di Malaysia, sementara kami meneruskan inisiatif untuk membawa pengalaman gaya hidup yang unik ke pusat beli-belah kami untuk memberikan para pengunjung sesuatu yang menarik. Acara ini merupakan tarikan bagi pelanggan muda yang gemar untuk bermain dengan slime dan kami berharap pengalaman yang menyeronokkan ini akan memberikan kegembiraan kepada para keluarga sempena cuti sekolah yang bakal tiba.”
“Slime merupakan lambang Nickelodeon yang bebas dan merangkumi semangat bersuka ria dan tidak konvensional. Kami mengharapkan agar ‘Slime Time’ dapat memberi peluang bagi kanak-kanak dan para keluarga untuk bersifat sahaja dan gembira selaras dengan kewujudan Nickelodeon!” kata Puan Syahrizan Mansor, Naib Presiden, Nickelodeon Asia, Viacom International Media Networks.
Nantikan kedatangan acara Nickelodeon’s Slime Time:
- Sunway Pyramid, Kuala Lumpur, 15 – 31 Mac 2019 at Orange Concourse
- Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, 12 - 28 April 2019
- Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, 9 - 18 Ogos 2019
Sebagai sebuah pusat beli-belah yang memberikan khidmat kepada pengunjung daripada pelbagai lingkungan umur dan latar belakang, Sunway Pyramid telah menempatkan banyak kemudahan, contohnya bilik bayi, kereta sorong bayi (stroller), pemanas susu dan ruang parkir keluarga. Untuk tujuan keselamatan bagi kanak-kanak, pusat beli-belah ini juga memberikan gelang tangan kanak-kanak, rantai gelang tangan, serta tatu talian kecemasan. Pekerja rencam (concierge) yang didedikasikan juga bersedia sepanjang hari untuk membantu pengunjung dengan apa-apa pertanyaan yang berkaitan dengan pusat beli-belah tersebut.
Para keluarga boleh memilih untuk menjamu selera di restoran yang mesra keluarga seperti Haidilao yang pertama di Malaysia, Din Tai Fung, Ippudo, Madam Kwan’s, Putien dan Sunny Queen.
Terdapat banyak lagi fasiliti riadah yang lain bagi kanak-kanak dan warga dewasa untuk dinikmati, contohnya Sunway Pyramid Ice, antara gelanggang luncur yang pertama ditubuhkan di Malaysia, Stars Archery, Play Everything Lounge dan Mission Q. Ruang permainan, Leo Voyager Playground yang baharu pula terletak di aras LG1 bagi mereka yang gemar bermain dalam suasana yang terbuka.
Kunjungi laman media sosial Sunway Pyramid untuk mendapatkan maklumat lanjut atau layari www.sunwaypyramid.com/nickelodeonslimetime/hubungi 03-7494 3100.
Comments
Post a Comment