PENUNDAAN KONSERT WOMEN’S DAY WITH ZEE AVI + NJWA

SHOWLAB VENTURES, penganjur konsert INTERNATIONAL WOMEN’S DAY WITH ZEE AVI & NJWA yang bakal berlangsung di DEWAN MERDEKA PWTC memaklumkan bahawa konsert tersebut telah ditunda.
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 22 MAC 2019, Jumaat terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkkan.
“Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami. Di samping itu juga beberapa aspek teknikal yang perlu diambil kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya,” ujar Farhan Aizat selaku penganjur.
Pihak Showlab Ventures berasa kesal dan sedih dengan keputusan penangguhan yang terpaksa dipilih dan telah memilih tarikh 22 JUN 2019 sebagai tarikh terbaru konsert yang mengabungkan dua nama penyanyi yang cukup unik ini.
Bertempat di lokasi yang sama, konsert tersebut akan bermula pukul 8.45 seperti dijadualkan. Para pembeli tiket dan peminat Zee Avid an NJWA boleh mendapatkan infomasi lengkap dan selanjutnya di laman sosial penganjur iaitu
Laman Instagram: @showlab.my
Laman Instagram: @showlab.my
Comments
Post a Comment