BERSIAP SEDIA UNTUK PIALA JUARA ANTARABANGSA SINGAPURA 2019
Dari kiri ke kanan: Dwight Yorke (United), Francesco Toldo (Inter), Fabrizio Ravanelli (Juventus), Teddy Sheringham (Tottenham) |
Edisi ketiga Piala Juara-Juara Antarabangsa di Singapura akan berlangsung Julai ini dengan pilihan kelab-kelab terkemuka Eropah. Relevent Sports Group, pemilik dan pengendali Piala Juara-Juara Antarabangsa, hari ini mengumumkan empat pasukan terkemuka iaitu gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Tottenham Hotspur, serta kelab handalan dari Serie A Itali, Juventus dan Inter.
Format baharu dua perlawanan antara empat pasukan itu akan diadakan pada 20 dan 21 Julai, menjanjikan peminat dari dalam dan luar Singapura suatu persembahan bola sepak yang hebat.
“Kami sangat gembira membawakan Piala Juara-Juara Antarabangsa ke Singapura sekali lagi. Acara ini adalah satu-satunya platform bagi para peminat di rantau ini untuk melihat secara dekat pasukan kesayangan mereka,’’ kata Charlie Stillitano, Pengerusi Eksekutif Relevent Sports Group. “Manchester United, Inter, Juventus dan Tottenham Hotspur adalah kelab yang memiliki sokongan kuat di rantau ini, dan kami percaya para peminat akan teruja menyaksikan pertarungan mereka.”
Menurut Melissa Ow, Timbalan Ketua Eksekutif, Singapore Tourism Board: “Dengan nama-nama terbesar di dalam bola sepak Eropah menyertai kita sempena Piala Juara-Juara Antarabangsa tahun ini, Singapura akan menjadi destinasi pelancongan lebih menarik bagi peminat sukan pada Julai ini. Sebagai satu-satunya persinggahan di Asia Tenggara bagi ICC, kami mengalu-alukan kedatangan para peminat bola sepak dari seluruh rantau ini, dan kami berhasrat memberikan pengalaman tidak dilupakan kepada para pelawat.’’
Tahun ini, Piala Juara-Juara Antarabangsa Singapura mengalu-alukan AIA sebagai Rakan Kongsi Penyampai buat pertama kalinya. AIA adalah Rakan Kongsi Utama Global bagi Tottenham Hotspur. “AIA berbangga menjadi Rakan Kongsi Penyampai bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa Singapura 2019, terutama semasa sambutan ke-100 tahun kami. Ini adalah peluang terbaik bagi para pelanggan, ejen, rakan kongsi dan warga pekerja kami untuk menyaksikan Tottenham Hotspur, yang mempunyai ramai bintang antarabangsa, bertarung di Asia,” kata Encik Ng Keng Hooi, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan AIA.
Pertandingan tahun ini akan menandakan kembalinya ke negara pulau itu untuk kedua-dua pasukan Liga Perdana yang cukup lama dinantikan. Ia juga akan menjadi penampilan pertama mereka di Stadium Nasional baharu selepas Tottenham beraksi di Stadium Kallang pada 1995, dan penampilan istimewa Fabien Barthez sebagai pemain tengah menjadi berita utama semasa kunjungan terakhir Red Devils’ pada 2001.
Begitu juga bagi kelab-kelab Itali. Juventus pertama kali bertarung bola sepak di Stadium Nasional yang baru dibuka melawan pasukan Pilihan Singapura pada 2014, manakala Inter menewaskan Bayern Munich dan Chelsea untuk dinobatkan sebagai juara Piala Juara-Juara Antarabangsa Singapura 2017.
Perlawanan pembukaan yang sepak mulanya pada Sabtu 20 Julai, adalah antara Manchester United menentang Inter, menandakan sedekad sejak kedua-duanya bertembung di dalam lapan pasukan terakhir Liga Juara-Juara UEFA. Dengan kedua-dua pasukan bersaing bagi kedudukan Liga Juara-Juara UEFA musim ini, pertemuan musim panas ini pastinya cukup sengit dengan potensi pertembungan heavyweight di Eropah musim hadapan.
Jadual lain dalam acara tersebut ialah Juventus bertemu Tottenham Hotspur pada Ahad 21 Julai. Ia adalah pertemuan semula perlawanan Liga Juara-Juara musim lalu dengan Spurs tentunya mahu menebus kekalahan di tangan Juventus pada pusingan 16 terakhir. Dengan kehadiran ramai pemain berkelas dunia, kedua-dua pasukan dari Turin dan pemenang Piala Juara Antarabangsa 2018 itu tentunya menjanjikan pertaringan berkualiti tinggi.
Projek Legasi
Sebagai tambahan kepada acara bola sepak, Relevent Sports Group adalah komited membina program yang memberi manfaat kepada komuniti kurang bernasib baik dan menggalakkan lebih banyak peluang untuk penyertaan di dalam bola sepak. Projek Legasi ICC, mengumumkan pada majlis pelancaran hari ini, akan mengenal pasti organisasi kebajikan di dalam setiap kota perlawanan, bagi meninggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti. Projek-projek akan berbeza mengikut pasaran berdasarkan keperluan khusus komuniti, dan semua projek akan menumpukan kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
“Matlamat kami ialah untuk menjadi rakan kongsi di dalam kaedah yang bermakna dengan hos komuniti kami melangkaui sekadar bermain perlawanan bola sepak,’’ kata Ketua Pegawai Operasi Relevent Sports Group Aaron Ryan. “Mencipta lebih banyak peluang bagi belia untuk turut serta, tanpa mengira latar belakang, adalah teras kepada misi kami membangunkan bola sepak di Amerika Utara dan Asia.’’
Penaja & Rakan Kongsi
Memasuki tahun ketiga di Singapura, Piala Juara-Juara Antarabangsa berterusan menarik minat komersial yang teguh daripada jenama tempatan dan global.
Piala Juara-Juara Antarabangsa akan membentuk bahagian terpenting di dalam sambutan ke-100 tahun AIA, dengan program 12 bulan, bermula Januari 2019, dengan acara istimewa dan aktiviti-aktiviti di seluruh 18 pasarannya di rantau ini.
“Bola sepak adalah sukan yang paling diminati di Singapura, dan AIA Singapura gembura membawa pasukan berkelas dunia ke sini untuk bertarung. Ia adalah cara terbaik untuk meraikan ulang tahun ke-100 AIA dengan komuniti kami kerana kami menggalakkan orang ramai untuk hidup lebih sihat, lebih lama, lebih baik. Kami percaya Piala Juara-Juara Antarabangsa Singapura adalah platform tepat untuk kami menarik semua orang datang, dan kami mengalu-alukan kedatangan pasukan antarabangsa ini,’’ kata Encik Patrick Teow, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA Singapura.
UnionPay kembali sebagai Jenama Rasmi Pembayaran untuk tahun kedua berturut-turut selepas kejayaan kolaborasi pada 2018. Pelanggan UnionPay akan menerima akses keutamaan kepada tiket menerusi pra-jualan eksklusif, bersama kemudahan tiket dan banyak lagi peraduan menarik dan aktiviti bakal diumumkan pada Halaman UnionPay International Singapore Facebook Page tidak lama lagi.
Destinasi gaya hidup yang memenangi anugerah – Resorts World Sentosa (RWS) – turut serta menjadi penaja, menawarkan peminat bola sepak akses kepada bintang-bintang pujaan mereka menerusi sesi ramah mesra khas di RWS pada Julai ini.
Konami, sebuah syarikat permainan elektronik ikonik Jepun, juga kembali sebagai penaja untuk mempromosikan siri semakin popularnya, Pro Evolution Soccer kepada peminat bola sepak yang ramai di rantau ini.
Piala Juara-Juara Antarabangsa juga mengalu-alukan Rakan Kongsi e-dagang Rasmi pertamanya, Shopee. Seiring dengan perlantikan itu, peminat bola sepak di luar Singapura akan dapat membeli dengan mudah tiket rasmi perlawanan bermula 4 April. Pengguna Shopee di Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina juga berpeluang memenangi penerbangan percuma menonton perlawanan itu secara langsung di Singapura.
Mediacorp juga akan kembali sebagai Penyiar Rasmi untuk menayangkan semua perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa 2019 ke pelbagai platform medianya. Butiran program akan diumumkan tidak lama lagi.
Yang terakhir, Adidas akan menyediakan bola perlawanan rasmi bagi kedua-dua perlawanan.
Tiket
UnionPay, Jenama Rasmi Pembayaran bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa 2019 di Singapura dipersembahkan oleh AIA, akan menawarkan faedah tiket kepada pemegang kadnya. Pelanggan dengan kad UnionPay boleh memperoleh akses keutamaan untuk membeli tiket menerusi pra-jualan eksklusif bermula 12pm pada 28 Mac dan berakhir 12pm pada 31 Mac. Selain itu, mereka akan menikmati diskaun 10% atas pembelian tiket dari 28 Mac hingga 30 April.
Peminat bola sepak di Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina boleh membeli tiket rasmi menerusi Shopee.
Tiket-tiket rasmi akan mula dijual kepada orang ramai bermula 10am, 4 April 2019, di www.sportshub.com.sg, Sports Hub Box Offices, serta lokasi fizikal lain. Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.internationalchampionscup.sg.
Untuk maklumat terkini sila ikuti:
Twitter: https://twitter.com/icc_sg
Instagram: https://www.instagram.com/iccsg
Comments
Post a Comment