ROBOTHINK - PUSAT ROBOKTIK UNTUK KANAK-KANAK KINI DIBUKA



Bersempena pembukaan pusat robotik pertamanya di Malaysia, RoboThink Malaysia telah mengadakan acara perasmian yang dihadiri oleh rakan-rakan media disertai ibubapa yang menemani anak-anak mereka yang rata-rata tidak sabar untuk cuba membina, memprogram dan bermain dengan robot-robot yang comel dalam pelbagai bentuk.

Pusat robotik yang baru dibuka ini dihiasi dengan perabot minimalis, hiasan dinding berwarna-warni dan set-set robotik yang tersusun rapi. Lokasi strategik pusat robotik pertama RoboThink Malaysia ini memudahkan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka. Banyak kemudahan tersedia di Centrepoint dengan pelbagai aktiviti boleh dilakukan sementara menunggu kelas anak- anak mereka tamat. 

Majlis ini turut dihadiri oleh CEO Global RoboThink, Mr. Danny Park yang memotong riben simbolik bagi pembukaan rasmi pada hari tersebut. Mr. Park melahirkan rasa teruja beliau dengan pembukaan pusat robotik terbaru ini. “Dengan peredaran ekonomi global masa kini, adalah sangat penting bagi kita untuk mendidik generasi akan datang terutama dari sudut pengetahuan STEM. Kami merancang untuk membuka 50 pusat robotik di Malaysia dalam masa 5 tahun akan datang dan berharap agar dapat mendidik bakal-bakal pemimpin masa hadapan untuk memacu Revolusi Perindustrian Malaysia Ke-4,” kata beliau dalam ucapan perasmian pagi itu.


Program RoboThink adalah pengalaman pembelajaran yang membolehkan pelajar-pelajar menggunakan set robotik untuk mereka dan membina robot dalam pelbagai saiz, bentuk dan fungsi. Setiap rekaan blok adalah hasil daripada kajian berterusan dalam mempertingkatkan keberkesanan proses pendidikan. Program Robotik dan ‘Coding’ yang menyeronokkan dengan RoboThink membolehkan jurutera, pakar mekanikal dan jurubina masa hadapan seawal usia 5 tahun mendalami dunia STEM yang penuh keseronokan.

RoboThink menyediakan 3 program berlainan untuk pelajar mengikut peringkat umur: 

1. RoboThink Junior Programme direka untuk pelajar dari usia 5 ke 7 tahun. Ia menggabungkan robotik dan ‘coding’ dengan software yang mudah difahami. Terdapat 3 tahap dengan 12 topik pembelajaran. 

2. RoboThink Robotics Programme dikhaskan untuk pelajar 8 tahun ke atas dengan lebih 100 model binaan dalam pelbagai bentuk, saiz, fungsi dan tahap kesukaran. Pelajar tidak perlu membina sesuatu model lebih dari sekali. Terdapat 6 tahap dalam program ini dengan setiap satunya diisi dengan 12 topik pembelajaran.

3. Pelajar berusia 8 tahun ke atas boleh memilih RoboThink Coding Programme yang merangkumi ‘programming’ dan bahasa computer. RoboThink Coding Programme ini menumpukan kepada topik ‘coding’ yang lebih kompleks yang mungkin tidak banyak memerlukan hardware robotik. Walaupun begitu, proses pembelajaran yang praktikal dan menyeronokkan masih dikekalkan. 

Jemputan di majlis pembukaan rasmi hari ini berpeluang mencuba pengalaman program robotik buat pertama kalinya. Kanak-kanak bersama ibubapa mereka turut sama membina, memprogram dan bermain dengan set robotik yang tersedia dengan bantuan tenaga pengajar bertugas. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman Web Rasmi: www.robothink.com.my
Instagram: @robothinkmalaysia

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI