SAMSONITE & WWF MALAYSIA LANCAR KEMPEN EARTH HOUR 2019




Kempen Samsonite Luggage Trade-In kembali lagi, dan pada tahun ini jenama bagasi terbesar dan paling dikenali di dunia ini akan memainkan peranannya untuk meningkatkan kesedaran tentang keprihatinan untuk memelihara alam sekitar dengan berkolaborasi dengan WWF-Malaysia.  

Menerusi kempen yang akan berlangsung bermula pada 1hb Mac sehingga 14hb April 2019 ini, Samsonite menyokong Kempen Earth Hour anjuran WWF-Malaysia ini dengan memberi sumbangan sebanyak RM10 untuk setiap satu bagasi yang telah ditukar ganti oleh pengguna dalam membuat pembelian bagasi jenama tersebut kepada unit Usaha Pemulihan WWF-Malaysia. 

Para pembeli boleh menukar ganti sebarang bagasi yang sedia ada bagi menerima diskaun sebanyak 40% untuk pembelian bagasi model S’Cure dan 30% untuk model ARQ. Samsonite juga akan memadamkan lampu yang tidak diperlu buka di setiap butik pada 30hb Mac 2019, pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam bagi menyokong kempen Earth Hour ini. Susulan daripada sokongan inisiatif ini, kesemua lampu yang tidak diperlu buka juga akan dipadamkan pada setiap hari Isnin pada jam 12 tengah hari sehingga 1 petang, sepanjang kempen luggage trade-in ini berlangsung.  
  

“Tahun ini, kami amat gembira kerana dapat berkolaborasi dengan WWF-Malaysia, dalam menyokong misi mereka untuk menghentikan degradasi sumber asli alam sekitar di muka bumi ini serta membina masa hadapan yang mana manusia hidup aman dengan semula jadi, di samping mengetengahkan isu-isu yang lebih luas tentang alam sekitar, menggabungkan aspek-aspek seperti polisi kerja, pengetahuan tentang alam sekitar dan kesedaran umum,” kata Ambert Khoo, Pengurus Besar Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd.

“Sehubungan dengan itu, kami juga akan menyumbangkan bagasi yang telah ditukar ganti kepada Kloth Cares, sebuah pergerakan Keusahawanan Sosial Malaysia yang berdedikasi untuk usaha Keep Fabrics Out of Landfills melalui penggunaan semula, pengitaran semula dan pembuatan semula.” Tambah beliau.

Kami berharap anda dapat tururt serta dalam usaha memelihara muka bumi dan menyebarkan mesej tentang inisiatif kehijauan ini dengan menyertakan tag @samsonitemalaysia juga #protectourplanet dan #samsonitetradeinMY dalam semua paparan sosial media anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Samsonite Trade-In 2019 ini, layari laman web SAMSONITE di https://www.samsonite.com.my/trade-in/ atau laman muka Facebook di www.facebook.com/SamsoniteMalaysia/.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"