SESAME STREET RAIKAN ULANGTAHUN KE-50 DI THE CURVE



Karakter Sesame Street kegemaran ramai akan melawat the Curve, Mutiara Damansara sempena musim cuti sekolah ini. Bersempena ulangtahun ke 50 tahun Sesame Street menghiburkan penonton di seluruh dunia, sebuah sambutan ekslusif dan ekstravaganza yang lengkap dengan aktiviti-aktiviti, persembahan serta hadiah-hadiah yang menarik dan menyeronokkan akan diadakan di the Curve.

Dari 22 hingga 31 Mac, kawasan Centre Court pusat membeli-belah ini akan diubah menjadi sebuah dunia permainan buat kanak-kanak dan peminat Sesame Street, dengan pelbagai aktiviti untuk dijadikan pilihan! Kanak-kanak boleh melompat dengan keriangan di atas inflatable playland Sesame Street yang pertama di Malaysia dan turut berpeluang untuk beramah mesra bersama Elmo, Cookie Monster, serta Bert dan Ernie.

Kanak-kanak yang gemarkan aktiviti pengembaraan boleh mengumpul hadiah Sesame Street yang cukup istimewa dengan mengambil bahagian dalam sebuah misi yang akan memberikan mereka pengetahuan dan juga keriangan. Para pengunjung boleh menyertai misi ini dengan membelanjakan minimum RM50 untuk menebus buku aktiviti atau membeli buku aktiviti tersebut.

Pelbagai stesen aktiviti akan disediakan untuk pilihan kanak-kanak berdasarkan minat mereka, seperti stesen mewarna, teka-teki carian perkataan dan juga misi memburu harta karun. Para pengunjung yang muda mahupun yang berjiwa muda turut dapat menyaksikan persembahan tarian istimewa dengan penampilan khas dari Elmo, Cookie Monster, Bert dan Ernie! Pertunjukan akan berlangsung pada hujung minggu pada pukul 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang, 6 petang dan 8 malam.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve berkata, “Musim cuti sekolah merupakan peluang buat ibubapa dan anak-anak meluangkan masa yang berkualiti bersama. Sebagai sebuah pusat membeli-belah yang menitikberatkan hubungan kekeluargaan, kami berusaha untuk mengadakan kempen yang akan mengeratkan hubungan ibubapa dengan anak-anak mereka dan kami percaya bahawa Sesame Street adalah satu pengalaman yang tidak lapuk dek zaman dan digemari oleh semua lapisan umur! Musim cuti sekolah pada bulan Mac ini akan menjadi cukup bermakna dengan ulangtahun ke 50 Sesame Street yang diraikan bersama di the Curve.


Dapatkan ganjaran apabila anda membeli-belah! Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM200 dalam maksimum dua resit, akan layak untuk menebus bekas air eksklusif Sesame Street.

Masih banyak lagi ganjaran menanti anda! Peminat Sesame Street boleh memiliki barangan istimewa Sesame Street seperti bekas makanan, set alat tulis dan beg galas yang boleh dibeli di Centre Court sepanjang promosi ini berlangsung.

Ketahui lebih lanjut tentang aktiviti dan persembahan yang akan berlangsung semasa cuti sekolah bulan Mac ini dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve di www.thecurve.com.my dan www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau Instagram the Curve di www.instagram.com/thecurve_official.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING