Bersempena dengan bulan Ramadan AI-Mubarak 1440 Hijrah yang bakal rnenjelma tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk rnengadakan Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur yang akan bermula pada Ramadan ketiga iaitu 8 Mei hingga 2 Jun 2019, dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, Menara Kuala Lumpur.
Para tetamu Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur dapat menikmati Iebih daripada 200 jenis sajian tradisi dan moden yang pastinya lazat dan menyelerakan. Sajian istimewa pada tahun ini adalah Kambing Panggang, ikan Bakar, Satay serta Rebusan Kekerang dan pencuci mulut Serawa Durian serta Pulut Kukus.
 |
Kambing Panggang
|
 |
Sup dan mi |
 |
Rebusan Kerang-kerangan |
 |
Kerabu dan Pembuka Selera |
 |
Ulam-ulam |
 |
Pasembor |
 |
Nasi Briyani |
 |
Gulai Kari Ikan & Bendi |
 |
Rendang Daging Pedas |
 |
Ayam Goreng Berempah |
 |
Sambal Udang Petai |
 |
Sayur Goreng Campur |
 |
Gulai Lemak Nenas dan Ikan Masin |
 |
Pilihan minuman yang menyegarkan |
Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu `The Sky Band'. Mereka akan membuat persembahan dengan alunan lagu-lagu melayu asli untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.
Bagi Bufet Ramadan ini, Menara KL menawarkan harga istimewa `Early Bird' bermula 1 April yang lalu sehingga 5 Mei 2019, dengan harga RM96.00 untuk dewasa dan RM58.00 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Manakala harga selepas promosi adalah RM120.00 untuk dewasa dan RM73.00 untuk kanak-kanak. la percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah.
 |
Eirma Fatima, juga dikenali sbagai Mok Cun, watak drama lakonannya |
Setiap pembelian akan disertakan dengan tiket percuma ke Pelantar Permandangan (Observation Deck), Menara Kuala Lumpur serta harga istimewa ke Sky Deck iaitu RM20.00 (harga normal RM71.00) untuk dewasa dan RM10.00 (harga normal RM37.00) untuk kanak-kanak.
Menara KL menjanjikan pengalaman Mesra Keluarga (Family-Friendly) dengan kemudahan-kemudahan yang ada seperti ruang solat yang selesa dan lain-lain Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2020 5444 atau layari laman sesawang Menara Kuala Lumpur
www.menarakl.com.my. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!
Comments
Post a Comment