RITA LANCAR BEG VICTORIA SLOANE SS19 HANYA DI SHOPEE



Beg tangan dan wanita tidak boleh dipisahkan. Tanpa mengira umur, gaya seorang wanita tidak akan lengkap tanpa aksesori tas tangannya. Menyedari hakikat tersebut, Rita Dato’ Sosilawati melancarkan koleksi beg tangan berjenama Victoria Sloane, sebuah nama yang yang dipetik daripada dua jalan membeli-belah utama di kota London – Victoria Street dan Sloane Street, tempat yang sering dikunjunginya.

Koleksi beg Victoria Sloane yang tampak urban tetapi praktikal menggandingkan rekaan ilham dari Asia dengan kemasan kraftangan Itali. Ciri eksklusif koleksi ini dikekalkan dengan jumlah kuantiti produksi yang terhad dan rekaan tidak akan diulangi. 

Diperbuat dengan tangan menggunakan faux leather, koleksi terbaru Victoria Sloane Spring Summer 2019 menampilkan lima rekaan beg esklusif yang diberi nama Warwick, Essex, Holborn, Abbey dan Kew dalam pelbagai bentuk dan warna yang menawan. 


Majlis pelancaran Koleksi Victoria Sloane SS19 telah disempurnakan oleh Rita Dato’ Sosilawati dan wakil Shopee di The Majapahit @ Marc Residence, Kuala Lumpur. Para jemputan yang terdiri daripada selebriti seperti Fasha Sandha, para pempengaruh (influencers) dan wakil media berpeluang untuk menyaksikan peragaan koleksi beg tersebut buat kali pertamanya. 

















Harga beg dalam koleksi ini dikekalkan di bawah RM200 untuk membolehkan lebih ramai penggemar fesyen melengkapkan gaya mereka dengan mudah. 

Koleksi beg Victoria Sloane SS19 boleh didapati hanya di platform membeli-belah online, Shopee mulai 18 April 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO