AIA VITALITY BERI GANJARAN KEPADA MEREKA YANG CUKUP TIDUR



Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam ataupun bangun pada keesokan harinya dalam keadaan mengantuk, letih dan lesu? Jika ya, kemungkinan besar anda merupakan sebahagian daripada statistik kebangsaan yang menyatakan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia (89%) mengalami satu atau lebih masalah berkaitan tidur[1]. Menyedari bahawa rakyat Malaysia tidak mendapat tidur yang mencukupi, AIA Bhd. sekali lagi melakar pencapaian baharu dari aspek kesihatan dan kesejahteraan menerusi pelancaran manfaat penjejak tidur melalui program AIA Vitality yang memberi ganjaran kepada ahli-ahlinya kerana tidur lebih lama. 

Sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk membantu rakyat Malaysia hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna, AIA mengambil satu lagi inisiatif bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan tidur – menekankan bahawa mendapat rehat yang secukupnya adalah juga penting di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta mengekalkan diet seimbang, sekaligus menyumbang kepada tahap kesejahteraan mental yang lebih baik. 

Berucap di majlis pelancaran media hari ini, Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkongsi bagaimana syarikat berkenaan terus membentuk dan memainkan peranannya sebagai salah satu pengaruh penggerak kesihatan menerusi AIA Vitality, sebuah program kesihatan unik berasaskan sains yang mendorong dan memberi insentif kepada ahli yang membuat pilihan-pilihan sihat. 

“Saya amat gembira melihat perkembangan AIA Vitality sejak dilancarkan tiga tahun lalu. Sewaktu diperkenalkan, kami memberi ganjaran kepada ahli-ahli di atas usaha mereka bersenam dengan lebih kerap dan kemudiannya memberikan mereka manfaat kerana mengamalkan pemakanan yang lebih sihat. Kini, kami ingin memberi ganjaran kepada mereka kerana mendapatkan rehat yang secukupnya dalam kehidupan seharian. Dengan membantu ahli-ahli kami mempertingkatkan tahap kesihatan mereka dan mendorong mereka membuat pilihan yang lebih sihat, kami cuba untuk melangkaui peranan kami sebagai sebuah syarikat insurans tradisional. Peranan kami kini bukan sahaja untuk melindungi masa depan mereka, tetapi untuk menggalakkan, memperkasakan dan menyokong mereka agar mencapai aspirasi kesihatan masing-masing.” 

Manfaat penjejak tidur terbaru ini memberi ganjaran sebanyak 10 mata AIA Vitality setiap hari kepada ahlinya (had tahunan sebanyak 2,000 mata bagi setiap tahun keahlian) sekiranya mereka mencapai waktu tidur terkumpul minimum selama tujuh jam atau 420 minit dalam tempoh 24 jam. Tempoh tidur boleh dijejak dengan melaraskan aplikasi mudah alih AIA Vitality dengan peranti jejak kecergasan seperti Fitbit, Garmin dan Misfit. Peranti tersebut akan merekodkan tempoh tidur seseorang dengan menjumlahkan masa tidur mereka bermula dari 12 tengah hari sehingga 12 tengah hari pada hari berikutnya. 

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd. menjelaskan bahawa manfaat penjejak tidur ini merupakan cara termudah bagi ahli-ahli mengumpul mata dan menerima ganjaran yang lebih bernilai. “Setakat ini, kami mempunyai lebih daripada 100,000 ahli AIA Vitality yang aktif. Kami berhasrat untuk meningkatkan jumlah tersebut dan mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dengan menyediakan sebuah platform yang dapat memberi motivasi dan membolehkan mereka membuat perubahan kecil dan pilihan lebih sihat setiap hari. Ahli-ahli AIA Vitality hanya perlu cuba tidur selama sekurang-kurangnya tujuh jam sehari dan berpeluang menikmati ganjaran yang ditawarkan! Ia amat mudah. Dengan waktu tidur yang lebih lama, ahli-ahli boleh mencapai status AIA Vitality yang lebih tinggi, sekali gus menikmati ganjaran yang lebih hebat seperti tambahan perlindungan insurans atau takaful serta diskaun daripada rakan AIA Vitality kami.” 

Zee Wang juga menerangkan bahawa isu-isu berkaitan tidur jelas kelihatan di kalangan tenaga kerja di Malaysia. “Hasil penemuan Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat di Malaysia oleh AIA Vitality yang terbaru mendedahkan bahawa sebanyak 54.4% kakitangan tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam, dan 11% mempunyai kualiti tidur yang kurang baik diikuti dengan 2% yang mempunyai kualiti tidur yang sangat tidak baik. Walaubagaimanpun, berdasarkan tinjauan ini, lebih banyak organisasi dilihat mengambil langkah intervensi yang boleh membentuk perubahan sikap yang positif dalam kalangan kakitangan mereka. Ini merupakan sesuatu pencapaian yang amat menggalakkan dan memberangsangkan. Dengan kadar peningkatan fokus dalam melaksanakan program kesejahteraan untuk membantu orang ramai sepanjang perjalanan kesihatan mereka oleh keseluruhan industri, kami dapat menghasilkan impak yang lebih bermakna untuk para pelanggan dan masyarakat umum.” 

Dilancarkan pada tahun 2016, AIA Vitality menyediakan pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahli-ahlinya untuk membawa kepada perubahanan tingkah laku positif jangka masa panjang yang dapat memupuk kehidupan yang lebih sihat. Program ini menggunakan prinsip sains tingkah laku untuk menggalakkan tabiat yang sihat, memberi ganjaran dengan manfaat dan diskaun yang bermakna kepada ahli kerana mengambil langkah-langkah yang mampan, walaupun kecil, untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka. 

AIA Vitality disepadukan dengan rangkaian penyelesaian produk insurans dan takaful AIA yang memberikan pilihan kepada pelanggan untuk menyertai program tersebut dengan yuran keahlian tahunan sebanyak RM10. 

Terdiri daripada tiga bahagian - ketahui keadaan kesihatan, baiki tahap kesihatan dan nikmati ganjaran, ahli-ahli AIA Vitality dimotivasikan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai manfaat daripada rakan-rakan AIA Vitality termasuk AirAsia, BP Healthcare, Fitness First, Guardian, Jaya Grocer, TGV Cinemas dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai manfaat penjejak tidur AIA Vitality serta program berkenaan, layari www.aiavitality.com.my



[1] Sumber: Kaji Selidik Mengenai Kesihatan Tidur Kebangsaan 2018 oleh Nielsen Company

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING