ARENA IMAN DILANTIK SEBAGAI DUTA SYAHIRAH KOREAN SECRETS



Arena Iman atau nama penuh Arena Wan Mun-Yi Binti Iman Wan telah dipilih menjadi duta produk kecantikan Syahirah Korean Secrets selama dua tahun. Gadis berusia 20 tahun ini adalah finalis petandingan Dewi Remaja 2018/19 dan menyandang Gelaran Dewi Favorite yang dipilih peminat menerusi laman web majalah Remaja. Mahir bermain peralatan muzik seperti gamelan, piano, ukulele dan gitar, Arena adalah anak kepada Iman Wan, komposer terkenal tanahair.


Perlantikan Arena Iman sebagai Duta Syahirah Korean Secrets telah disempunakan dalam majlis pelancaran produk baru Syahirah Korean Secrets Essense yang menjanjikan kulit halus dan mulus bak bintang-bintang di Koream tanpa solekan yang tebal. Produk baru ini juga akan memberikan efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan dan keserian kulit si pemakai.

Syahirah Korean Secrets Essense dilancarkan dalam dua varian yang mempunyai fungsi yang berbeza iaitu Hydra Soft Dewy Moist Essence untuk kulit licin, gebu dan lembut manakala White Glow Snowy White Essence untuk kulit lebih cerah.

Model membawa mock-up Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence 

Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dirumus dengan pati Tri-Flower Essence, rahsia kulit cantik persis bintang Korea. Kekalkan hidrasi pada wajah dan dapatkan efek Glass Skin dengan mudah dengan Syahirah Hydra Soft Dewy Moist Essence. 

Dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence in terdiri daripada tiga ramuan penting Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kuli' dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit; Bunga Tel Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambi melembapkan dan mencerahkan kulit; dan Bunga Chamomile membantu mengurangkan iritas pada kulit dan membantu meratakan tona kulit agar tampak sekata. 

Model membawa mock-up - Korean Secrets White Glow Snowy White Essence 

Sementara itu. untuk memiliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence merupakan solusi untuk wajah polos seperti bintang K-pop kesayangan anda. 

Esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus. Bukan itu sahaja, ia dapat menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah. Hasilnya, tampil secantik jelitawan Korea di pentas arena dengan esen hebat ini. 

Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya, dengan intipati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju. Esen ini mengandungi intipati bunga Cherry Blossom, yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi. Sementara itu, intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan, manakala intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit. 

Turut diperagakan dalam majlis yang sama - Koleksi Raya Adryssa Atelier untuk Wanita Plus Size

Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara.


Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya, Syahirah Malaysia menganjurkan Peraduan Facebook dan Instragram Berbuka Puasa bersama Arena Iman di Dooki, IOI City Mall Putrajaya pada 29 May 2019. Seramai 15 orang pemenang akan dipilih untuk sesi beramah-mesra dan berbuka puasa dengan Duta Syahirah Korean Secrets ini.


Untuk maklumat lanjut, layari:
Laman web rasmi: http://www.syahirah.com.my

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM