‘BLOSSOMING SYAWAL’ DI PUSAT BELI-BELAH IPC
Pusat Beli-Belah IPC, yang menjadi destinasi kegemaran ramai telah bekerjasama dengan pakar hartanah, EcoWorld bagi mempersembahkan sambutan Aidilfitri yang eksklusif. Bertemakan ‘Blossoming Syawal’, pusat beli-belah itu menjemput para pengunjung beraya bersama di sebuah taman indah yang terdapat pelbagai gazebo dengan kerlipan hiasan dari Maghribi. Pengunjung pasti terpegun dengan reka bentuknya yang mengagumkan dan mereka turut berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sempena sambutan Hari Raya yang sedang berlangsung sekarang hingga 16 Jun 2019.
Padat dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti bengkel kanak-kanak dan persembahan tradisional, IPC bertekad untuk menyemarakkan lagi rasa kasih sayang, kebersamaan dan kebahagiaan sesama insan. Merentasi di tengah pusat beli-belah tersebut, hamparan seni dan reka bentuk geometri yang unik menghiasi dekorasi bagi menyerlahkan lagi tema klasik Mediterranean. Tiga gazebo utama diinspirasikan oleh syarikat hartanah EcoWorld iaitu Eco Ardence, Eco Grandeur dan Eco Sanctuary di mana setiap satunya mempunyai ciri istimewa yang tersendiri untuk memberikan pengunjung suasana dan perasaan berbeza setiap kali mereka singgah untuk berehat atau berbuka puasa di ruang yang mempesonakan itu.
“Bekerjasama dengan EcoWorld merupakan impian dan satu penghargaan buat kami. Kami ingin mempamerkan keaslian sambutan Hari Raya Aidilfitri dan EcoWorld, yang terbukti cemerlang dalam perkhidmatan, kualiti, penjagaan alam sekitar, kesejahteraan dan amalan keselamatan mereka telah merealisasikan visi kami. Dibina atas dasar kesucian, perkongsian dan kepulangan, ‘Blossoming Syawal’ mampu melahirkan rasa bahagia apabila kita dapat berkumpul bersama keluarga tersayang. Jadi kami amat berharap pengunjung dapat merasa ketenangan dan bagaikan berada di rumah sendiri apabila mereka berkunjung ke IPC nanti,” kata Eleanor Lo, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-Belah IPC.
Di samping menyediakan persiapan Raya, Pusat Beli-belah IPC tidak lupa meraikan Ramadan yang mulia. Pada bulan Ramadan, pusat beli-belah kegemaran keluarga ini memberikan parkir percuma selama sejam pada hari bekerja dari 10 pagi hingga 9 malam. Ini bagi memudahkan pengunjung yang ingin membeli makanan atau berbuka di IPC. Pengunjung hanya perlu sahkan tiket parkir mereka di Pejabat Pengurusan Parkir (di parkir kereta P1). Tawaran ini akan berakhir pada 4 Jun 2019.
Selain itu, pengunjung akan diberi ganjaran setiap kali mereka berbelanja di Pusat Beli-Belah IPC dari 16 Mei hingga 16 Jun 2019:
- Tebus Baucar Beli-Belah Raya IPC RM10 setiap kali mereka berbelanja minimum RM200 (dalam satu resit)
- Pada setiap Selasa dan Rabu sepanjang tempoh kempen, pengunjung boleh menebus 2x RM10 Baucar Beli-Belah Raya IPC apabila mereka berbelanja minimum RM200 (dalam satu resit)
Baucar Beli-Belah Raya IPC memberi pengunjung rebat tunai segera tanpa belian minimum di lebih 60 kedai dalam Pusat Beli-Belah IPC.
Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan Keriangan Aidilfitri Pusat Beli-Belah IPC dan senarai aktiviti Raya mereka, layari www.ipc.com.my.
Comments
Post a Comment