FESYEN RAYA DI HUJUNG JARI DENGAN PENGSTRIMAN LANGSUNG DI LAZADA



Platform e-dagang dan destinasi gaya hidup terkemuka di Malaysia, Lazada Malaysia telah melancarkan kempen Raya selama sebulan dengan pertunjukan fesyen LazAda Style secara penstriman langsung pada 24 April 2019. Pembeli-belah dapat menonton pertunjukan fesyen secara langsung melalui aplikasi Lazada dan di samping itu boleh terus membeli-belah ketika model-model sedang berjalan memperagakan rekaan di pentas peragaan.

Acara tersebut bukan sahaja menampilkan label-label tempatan seperti Fazbulous oleh Fazura, Mawarred, dan Rumah Kebaya Bangsar, tetapi juga persembahan daripada penyanyi-penyanyi popular, iaitu Dayang Nurfaizah, De Fam dan Aisyah Aziz.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow berkongsi keterujaannya mengenai kempen ini. “LazAda Style adalah bukti keupayaan teknologi dan komitmen kami untuk membawa pengalaman ‘shoppertainment’ kepada pelanggan kami. Selain itu, ia turut mencerminkan tabiat pembeli-belah di Malaysia yang semakin berubah di mana mereka meminta kandungan dan pengalaman yang lebih interaktif dan boleh diakses menerusi telefon pintar di mana mereka berada.”

Pertunjukan fesyen LazAda Style merupakan acara pembuka tirai bagi kempen Lazada selama sebulan, bermula dengan Women’s Fest pada 25 April 2019. Sementara menyaksikan aksi model-model di pentas peragaan, produk-produk yang dipakai mereka akan dipaparkan di bahagian bawah skrin. Dengan menyentuh ‘pop-up’ tersebut, anda akan dibawa ke laman produk, di mana anda boleh menambah produk itu ke dalam kart tanpa meninggalkan rancangan penstriman langsung. Checkout pada tengah malam apabila Women’s Fest bermula dan akan berlangsung selama 24 jam.

Para pembeli-belah juga boleh melihat semua produk yang akan diperagakan di pentas peragaan dengan menekan ikon beg beli-belah di hujung kiri bawah skrin. Pengguna aplikasi boleh menikmati penstriman siaran langsung ini dengan menekan ikon ‘Share’ serta berborak-borak dengan penonton lain melalui ciri ‘Live Chat’.

Dengan pertunjukan fesyen yang pertama seumpama ini, Lazada berusaha memberi nafas baharu kepada e-dagang di Malaysia, memacu pengalaman yang interaktif lagi menghiburkan bagi pembeli-belah melalui ‘shoppertainment’.


Peragaan Fesyen LazAda Style adalah prelude kepada Kempen Jualan Hari Raya selama sebulan yang dimulakan dengan Women’s Festival pada 25 April.

Ratu R&B Malaysia, Dayang Nurfaizah memukau penonton dengan lagu hitsnya. 

Penyanyi baru Aisyah Aziz turut menghiburkan para penonton.

De Fam tidak mengecewakan dengan persembahan mereka yang rancak bettenaga.

 Fesyen Fazbulous by Fazura diperagakan oleh peragawati.

Koleksi Raya Mawarred menampilkan sentuhan tradisional kepada rekaan kontemporari.

Koleksi Rumah Kebaya Bangsar yang anggun turut diperagakan ada malam tersebut.

Pengguna aplikasi boleh menikmati penstriman siaran langsung ini dengan menekan ikon ‘Share’ serta berborak-borak dengan penonton lain melalui ciri ‘Live Chat’ 

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.lazada.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO