INTERMARK MALL BAWAKAN "EN'CHANTING RAYA" DENGAN BATIK



Ceriakan Raya kali ini dengan batik bersama penampilan corak kain tradisi warisan Malaysia kepada pengunjung bermula sekarang hingga 9 Jun 2019. Nikmati hiasan "En'chanting Raya" bermotifkan batik yang dipertontonkan ketika anda membeli-belah barangan keperluan untuk perayaan.


Terokai corak batik indah yang telah diubah menjadi sentuhan fesyen moden terkini di Pameran Batik Raya oleh Kome, yang turut membawakan pertunjukkan mencanting batik sepanjang tempoh kempen berlangsung.


Dapatkan juga perhiasan Raya untuk rumah anda di Pameran Hiasan Raya oleh Living Circles Concept bertempat di Concourse dari 6 Mei hingga 19 Mei.


Jangan ketinggalan juga untuk menceriakan insan tersayang dengan bingkisan Raya serta juadah lainnya dari Pameran Hidangan Raya oleh Jaya Grocer, juga bertempat di Concourse dari 20 Mei hingga 9 Jun.

Juga, saksikan persembahan memukau daripada pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Taylor Kuala Lumpur pada 16, 23 & 30 Mei, 1pm di tingkat bawah.


Ganjaran menarik 
Tebus paket Raya premium edisi terhad dan beg batik dengan perbelanjaan minimum RM350 dalam resit tunggal dari mana-mana kedai khusus yang ada.

Atau, jadi satu daripada tiga pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM3,000 daripada World Kitchen apabila anda memuat naik gambar anda dan rakan-rakan atau keluarga bersama latar hiasan Hari Raya ke Instagram menggunakan tanda #IMEnchantingRaya.

Comments

Popular Posts