KARNIVAL BLING BLING RAYA 2019 OLEH SAMANEA



Untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, peruncit perabot global Samanea telah menganjurkan Karnival Bling Bling Raya 2019 Kuala Lumpur. Karnival ini akan menghimpun sebanyak 50 vendor tempatan dengan penjualan pelbagai produk, termasuk pakaian, kosmetik, makanan, perabot dan banyak lagi! Pembeli-pembeli boleh mendapatkan produk yang berkualiti dengan "harga runtuh"! Seperti yang dinyatakan oleh perkataan 'Karnival', Karnival ini merupakan satu sambutan sensasi yang penuh dengen hiburan dan penampilan selebriti selama empat hari. Karnival ini akan dianjurkan di Samanea yang betempat di Glo Damansara, 10 pagi hingga 9 malam setiap hari dari Khamis, 16 Mei 2019 hingga Ahad, 19 Mei 2019.

Bebeza daripada karnival lain, Karnival Bling Bling Raya 2019 Kuala Lumpur memaparkan barisan artis dan jenema yang amat hebat! Selain mempamerkan jenama yang ditubuhkan oleh artis tempatan kegemaran, sebahagian mereka juga akan memberi pertunjukan yang menggemparkan untuk menghibur pembeli-pembeli; antaranya ialah Hafiz Hamidun, Amy Search, Harris Baba, Zoey Rahman, Ameer Forteen, Raihan, Noryn Aziz, Fairuz Misran dan banyak lagi!

Selebriti tanah air, Fitri Haris juga akan melancarkan (dan juga mempersembahkan) single baharunya di Karnival Bling Bling Raya 2019!

Diiktiraf oleh estetika yang tersendiri, fesyen Icon Wak Doyok merupakan duta besar yang dilantik untuk Karnival tahun ini. Beliau juga akan membuat penampilan khas pada 19 Mei (Ahad).

“Selaras dengan falsafah Samanea, Karnival Bling Bling Raya 2019 dibina atas konsep kelengkapan, supaya dapat memenuhi keperluan pengguna moden yang terus berkembang. Teknologi telah memajukan cara kami berbelanja, tetapi mencari produk yang sempurna mungkin memerlukan agak banyak penyelidikan! Sama seperti Karnival ini, Samanea menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih komprehensif dengan mengumpulkan jenama kegemaran anda termasuk label selebriti di satu lokasi,” kata Cecilia Chin, Pengurus Besar (General Manager) Samanea Malaysia.

Untuk sebarang informasi terkini berkaitan dengan Karnival Bling Bling Raya 2019, sila ikuti halaman Facebook dan Instagram @blingblingfestival dan Samanea Malaysia @samaneamalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI