KEMBARA LEBIH JAUH DAN SELAMAT DI HARI RAYA DENGAN GOODYEAR



Menurut Kementerian Kerja Raya, sehingga 10,000 nahas berlaku di jalan raya disebabkan oleh tayar celup[1].

Ini menunjukkan kepentingan untuk membeli tayar baharu daripada pengedar tayar yang sah dan bagaimana tayar memainkan peranan sangat penting dalam memastikan keselamatan pemandu semasa pemanduan harian mereka.

Sebagai persediaan pergerakan kenderaan secara besar-besaran di jalan raya sempena musim Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, Goodyear Malaysia menerusi Promosi Pengguna Hari Raya (Ramadhan and Raya – Goodyear Win a car) menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk mendapatkan set tayar baharu menerusi satu tawaran menarik.

Motivasi pelaksanaan usaha ini adalah untuk menunjukkan ancaman tayar botak kepada pengguna jalan raya, selain mengelakkan penambahan kepada 19,538 kes kemalangan yang dilaporkan dalam Op Selamat 13 pada tahun lalu.

Ben Hoge, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata: “Sebagai penyokong dalam keselamatan jalan raya, kami sentiasa mengingatkan pengguna untuk memeriksa tayar kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan. Dengan Hari Raya Aidilfitri akan disambut tidak lama lagi, kami mahu menyediakan harga tayar yang berpatutan kepada para pengguna yang ingin membeli set tayar baru daripada jenama antarabangsa yang boleh dipercayai dan terkenal di dunia.

Pada masa sama, kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan yang mengambil langkah pertama dalam penjagaan keselamatan di jalan raya. Kini, buat julung-julung kalinya di Malaysia, Goodyear akan menghadiahkan sebuah kereta baharu serta bekalan tayar untuk jangka panjang.”

Sehubungan itu, para pelanggan yang membeli model tayar terpilih Goodyear sepanjang tempoh kempen, yang berlangsung dari 1 Mei hingga 30 Jun 2019, berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda City serba baharu dan menerima bekalan tayar selama 10 tahun.

Pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua set berbeza yang ditawarkan semasa tempoh promosi – yang pertama menampilkan tayar kelas atasan termasuk rangkaian Eagle F1 Asymmetric, EfficientGrip, Run on Flat (ROF) dan Eagle F1 Directional 5; sementara pilihan kedua merupakan lebih mampu milik. Ia merangkumi rangkaian Assurance TripleMax, Assurance TripleMax 2, Wrangler TripleMax dan Optilife.

Antara tayar-tayar yang ditawarkan di bawah kategori tayar berprestasi adalah Eagle F1 Asymmetric 3, sejenis tayar Berprestasi Ultra-Tinggi yang direka untuk pengendalian di atas pelbagai keadaan jalan raya. Ia dilengkapi dengan Teknologi GripBooster untuk pengendalian dan daya pemberhentian yang lebih baik, selain Teknologi Reinforced Construction untuk ketepatan pengemudian dan daya tahan.

Sebahagian daripada promosi ini juga melibatkan tayar mewah paling senyap Goodyear, model Goodyear EfficientGrip Performance (EGP) dan tayar SUV. Kedua-duanya menawarkan inovasi Teknologi Quiet Tred, ActiveBraking, FuelSaving dan WearControl bersama tambahan Teknologi FlexContact dalam tayar Goodyear EGP SUV bagi menyediakan pengguna pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan menyeronokkan.

Tayar-tayar ini menawarkan lenyapan bunyi dan prestasi pembrekan terbaik serta cengkaman yang dipertingkatkan dalam keadaan jalan basah, jarak pembrekan yang lebih pendek, mengurangkan rintangan guling dan lapisan menyerap kejutan bagi mengurangkan getaran tayar bagi perjalanan yang bukan hanya selamat tetapi juga amat selesa. Siri tayar ini boleh didapati untuk kedua-dua kenderaan penumpang dan SUV.

Satu lagi tayar adalah rangkaian Goodyear Assurance TripleMax 2 (ATM2). Dihasilkan dengan Teknologi HydroTred terkini, ia membenarkan prestasi pembrekan kereta yang lebih baik, khasnya di atas jalan basah. Ia juga menyediakan rekaan bunga tayar yang simetri, menjadikannya mudah bersesuaian dengan sebarang keadaan, seterusnya menyediakan prestasi pengendalian dan keselesaan yang lebih baik untuk pemanduan yang selamat dan selesa.

“Sebagai salah satu jenama tayar terkemuka, kami berusaha untuk menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik yang meletakkan standard teknologi dan prestasi industri.

“Komitmen kami adalah untuk menawarkan rangkaian produk meluas kepada pengguna, hasil daripada pemahaman mendalam kami terhadap keperluan pengguna dan kami akan terus mencabar diri untuk menghasilkan tayar-tayar boleh diyakini agar rakyat Malaysia dapat merasai teknologi paling terkini yang ditawarkan dari Amerika Syarikat,” ujar Hoge.

Membeli sepasang tayar daripada salah satu model yang di bawah tawaran juga melayakkan pelanggan untuk satu undian cabutan bertuah hadiah utama. Sementara itu, bagi mereka yang membeli empat biji tayar daripada senarai tayar atasan pula boleh menebus seunit pengecas dalam kenderaan yang turut berfungsi sebagai penyegar udara.

Bagi menyertai cabutan bertuah berkenaan, para pelanggan hanya perlu mendaftar dalam Program Worry-Free Assurance secara dalam talian.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen Hari Raya Goodyear, sila



Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA