MAKAN BERDULANG DI TAMARIND HILL SEMPENA RAMADAN



Restoran Thai dan Burma, Tamarind Hill meraikan kehadiran bulan Ramadan dengan memperkenalkan set dulang festive baharu untuk makan malam/ berbuka puasa. Set dulang ini menampilkan dua pembuka selera, lima lauk-pauk utama, nasi putih Jasmine,  buah-buahan sebagai pencuci mulut dan minuman. Porsi sesuai untuk dua orang.

Sebagai pembuka selera, nikmatilah popiah goreng yang berintikan cendawan dengan sos istimewa yang enak dan salad kacang botol ayam dengan pes tom yam yang pedas-pedas masam. Sungguh menyelerakan! 

Lauk-lauk utama yang ditampilkan membawakan citarasa Thai yang digemari ramai - ayam panggang madu, sambal petai sotong, kailan goreng ikan masin, kari massaman daging dan juga ikan bakar bungkus daun kunyit. Memang amat sempurna dimakan bersama nasi Jasmine Thai yang harum. 

Hidangan dilengkapkan dengan buah-buahan Tropika segar seperti tembikai, buah naga dan tembikai susu atau betik sebagai pencuci mulut. 

Set Dulang ini boleh didapati dalam tempoh terhad di Restoran Tamarind Hill.  

Ruang VIP di Tamarind Hill yang boleh memuatkan sehingga 16 tetamu

Hidangan Dulang yang sempurna untuk dua orang!

Ayam Panggang Madu dengan Sos Istimewa 

Ikan Bakar Bungkus Daun Kunyit dengan Kicap Berlada.

Sambal Petai Sotong. Pedas dan menyelerakan!

Salad Kacang Botol Dan Ayam Dengan Ps Tom Yam

Sayur Kailan Goreng Ikan Masin

Kari Massamam Daging yang empuk 

Popiah / Spring Roll berinti cendawan yang rangup untuk dicicah sos yang enak.

Buah-buahan Tropika

Air Serai yang menyegarkan. Anda juga boleh memilih Air Sirap Bandung atau Jus Asam Jawa sebagai minuman.

Set Dulang Festive boleh didapati dengan harga RM220++ untuk dua orang mulai 13 Mei sehingga 4 Jun di Tamarind Hill.



Tamarind Hill

Alamat:
19A Jalan Sultan Ismail
50250 Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Makan Tengahari
Isnin - Jumaat: 12 p.m. - 3 p.m. (last order 2.30 p.m.)

Makan Malam
Isnin - Ahad: 6 petang - 12 tengahmalam (pesanan terakhir 10.30 malam)

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila hubungi talian +603 2148 3200 atau layari https://www.samadhiretreats.com/tamarind-hill-kuala-lumpur.html


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO