MISI SKUAD SERATUS IKHLAS BERI IMPAK POSITIF DI BULAN RAMADAN



Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, 100PLUS berkolaborasi dengan Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) memperkenalkan kempen terbaharu ‘Seratus Ikhlas; Setulus 100PLUS’.

Skuad Seratus Ikhlas Amira Othman di rumah Puan Ogy, Tanjung Karang

Menerusi kempen ini, pihak 100PLUS ingin berkongsi mesej-mesej positif dan memberi kecergasan kepada semua rakyat Malaysia supaya kekal aktif untuk melakukan ibadah dengan lebih sempurna sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini.

Skuad Seratus Ikhlas di Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, “Kolaborasi sebegini amat bermakna dan relevan dengan kempen Setulus Ikhlas yang diperkenalkan oleh MPTN. Kami sangat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan 100 PLUS dalam menjayakan Skuad Seratus Ikhlas ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada selebriti-selebriti yang telah memberikan kerjasama baik dan bertungkus-lumus untuk sama-sama menyebarkan mesej positif kepada orang ramai dalam bulan yang mulia ini. Dengan itu, kami berharap usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.” 

Skuad Seratus Ikhlas di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Tangkak (1)

Menerusi kempen ini, 100PLUS telah mengaktifkan Skuad Seratus Ikhlas yang diketuai oleh Mira Filzah dan Hairul Azreen selaku duta, dan disertai oleh selebriti-selebriti popular seperti Syafiq Kyle, Sufian Suhaimi, Andi Bernadee, Amira Othman dan Sarah Suhairi. 

Skuad Seratus Ikhlas di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan,Tangkak 

Skuad Seratus Ikhlas dan Sembang Sahur TV3 telah berkunjung ke lokasi- lokasi terpilih seperti Maahad Tahfiz Sungai Buloh, Balai Bomba Melaka dan rumah keluarga Bersamamu bagi aktiviti singgah sahur sepanjang bulan Ramadan ini.

Skuad Seratus Ikhlas di Sekolah Cinta Syria, Bangi

Selain itu, Skuad Seratus Ikhlas juga melakukan aktiviti sumbangan dan ibadah di Kuantan (15 Mei), Sekinchan (19 Mei), Kuala Lumpur (21 Mei), Bangi (22 Mei) dan turut menyertai acara padang Check In Kampung di Tangkak, Johor (24 Mei). 

Skuad Seratus Ikhlas diketuai oleh Hairul Azreen, Syafiq Kyle dan Andi Bernadee di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur_

Skuad Seratus Ikhlas yang disertai oleh Andi Bernadee dan Sarah Suhairi telah menjayakan misi mereka bersama pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan. Aktiviti yang diaktifkan oleh 100PLUS itu telah berlangsung pada 15 Mei 2019. Bersama-sama dengan pelajar maahad tahfiz, kedua-dua selebriti tersebut telah bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, disusuli tazkirah ringkas oleh ustaz jemputan, berbuka puasa dan diakhiri dengan solat terawih berjemaah. 

Skuad Seratus Ikhlas Sufian Suhaimi di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan

Misi kedua Skuad Seratus Ikhlas diteruskan dengan Amira Othman ke Tanjung Karang, Selangor pada 19 Mei. Skuad Seratus Ikhlas berkunjung ke rumah Puan Ogy, seorang ibu tunggal yang menjaga 7 orang anak yatim dan ibunya yang telah lumpuh selama 6 tahun. Keperitan yang dialami oleh Puan Ogy sekeluarga amat menyentuh hati. Antara aktiviti yang dilakukan ialah pemasangan karpet dan langsir yang baru di ruang tamu, membersihkan kawasan sekeliling selain membeli beberapa peralatan rumah untuk kegunaan Puan Ogy sekeluarga. Semoga misi yang diaktifkan oleh 100PLUS ini mampu meringankan beban selain memberi sinar kepada keluarga Puan Ogy untuk menyambut hari lebaran kelak. 

Misi ketiga Skuad Seratus Ikhlas yang diketuai oleh Hairul Azreen, disertai oleh Syafiq Kyle dan Andi Bernadee telah berkunjung ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada 21 Mei 2019. Misi ini bermula dengan penyediaan bubur lambuk sebanyak 100 pek dan berbuka puasa bersama warga Pusat Transit Gelandangan. Skuad Seratus Ikhlas juga berkongsi mesej-mesej positif dengan mereka. Selepas solat Isyak, Skuad Seratus Ikhlas teruskan aktiviti agihan bubur lambuk dan minuman 100PLUS kepada masyarakat di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. 

Skuad Seratus Ikhlas Syafiq Kyle dan Sufian Suhaimi beramah mesra dengan anak-anak Syria

Skuad Seratus Ikhlas bersama Syafiq Kyle dan Sufian Suhaimi meneruskan misi keempat di Sekolah Cinta Syria, Bangi pada 22 Mei 2019. Objektif misi ini adalah untuk menyediakan satu sudut bacaan yang lebih selesa dan lengkap kepada para pelajar Sekolah Cinta Syria. Selain itu, ini juga peluang terbaik bagi Skuad Seratus Ikhlas untuk mendekati dan memberi kasih sayang kepada budak-budak Syria seramai 60 orang. Yang terakhir, Skuad Seratus Ikhlas disertai oleh Sufian Suhaimi berlabuh di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Tangkak, Johor pada 24 Mei 2019 bersempena dengan Check In Kampung di Tangkak. 

Untuk dapatkan maklumat lanjut, layari portal info terkini Xtra, www.xtra.com.my atau laman-laman media sosial rasmi TV3, @TV3malaysia di Facebook, Twitter, dan Instagram.

Pastikan anda gunakan tanda pagar #SetulusIkhlas, #SkuadSeratusIkhlas, #SeratusIkhlas dan #AktifkanRamadanmu bagi merancakkan perbualan di alam maya. Jangan lupa untuk kekal hidrat, segar dan bertenaga sepanjang bulan Ramadan bersama dengan 100PLUS *Info lanjut di https://100plus.com.my/ *

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI