Makan Kitchen di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur bakal membawakan citarasa Ramadan seperti Kambing Golek, Murtabak, Roti John, dan banyak lagi hidangan yang menjadi kegemaran ramai dari “Pasar Malam Istimewa”.
Dengan lebih lima stesen masakan secara langsung dan lebih 100 juadah yang disediakan, selera para tetamu pasti ditambat oleh pilihan makanan dan minuman ala-pasar malam yang lazat.
Bufet Makan Malam Buka Puasa bermula dari 6 Mei – 4 Jun 2019 dari jam 6.30 petang - 10.30 malam dengan harga RM 148 Nett.
Bufet Rumah Terbuka Hari Raya bermula dari 5 – 6 Jun 2019 dari jam 12.30 tengahari - 4 petang dengan harga Dewasa: RM 110 Nett dan Kanak-kanak: RM 55 Nett (umur 6-12 tahun sahaja).
Untuk tempahan, sila hubungi talian 03-2172 7272. Jom makan dan raikan bersama keluarga dan rakan-taulan dengan menikmati hidangan tempatan yang terbaik di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton.
Jangan lupa tanda pagar #jommakanathilton @doubletreekl
Comments
Post a Comment