PUMA LANCAR KASUT CELL STELLAR UNTUK WANITA



PUMA memperkenalkan kasut baharu CELL Stellar untuk wanita. Digayakan oleh model antarabangsa, Cara Delevingne, kasut ini tampak cool dan berani, memperkasakan wanita dengan setiap langkah ke hadapan. 

Di zaman 90-an, PUMA telah mencipta inovasi dengan teknologi CELL yang pertama. Sel-sel berbentuk heksagon memberikan rupa-bentuk yang optimum untuk sistem kusyen yang stabil semasa pergerakan. 

Kasut CELL Stellar menmapilkan siluet baru untuk wanita dan diilhamkan dari kasut CELL Alien. Ia diubahsuai dari gaya jalanan dengan menggabungkan astetika yang digemari oleh kaum Hawa. Kolar yang rendah membolehkan si pemakai menggayakan kasut ini dengan pelbagai cara dan aksesori, contohnya stokin tube, seluar roll-up yang ketat dan sebagainya. 

Bahagian upper CELL Stellar diperbuat daripada bahan mesh. Ia dilapik dengan kulit dan menampilkan  jenama berupa logam di bahagian tumit. Tapak tengah diperbuat daripada EVA manakala tapak bawah membawakan getah yang amat popular di zama 90-an. Kasut CELL Stellar boleh didapati dalam warna colour-block Hitam-Putih dengan teknologi CELL dalam warna merah jambu yang terang.








Kasut PUMA CELL Stellar boleh didapati dengan harga RM 569 di kedai-kedai PUMA di seluruh Malaysia, PUMA.com dan wakil penjual terpilih.



Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025