Bufet Ramadan yang dinanti-nantikan di
Rajawali Coffee House, Resorts World Awana kembali lagi! Menampilkan lebih 100
jenis sajian, tema bufet Ramadan tahun ini adalah Bazar Malam di Awana – sebuah
himpunan gerai-gerai makanan dan minuman yang tersusun seperti pasar malam, dari 6 Mei sehingga 4 Jun 2019.
Mulakan pengembaraan gastromoni anda dengan
pembuka selera yang lazat seperti Ulam-Ulaman Zaman Jepun - Pegaga, Ulam Raja,
Terung Pipit, Terung Bulu, Petai, Pucuk Janggus, Pucuk Mata Itik, Umbut Kelapa
dan Jantung Pisang. Gerai Kerabu Mendeka
Kerabu tidak kurang meriah dengan hidangan kerabu pelbagai ramuan seperti Udang,
Sotong, Ikan dan Ketam, serta jeruk tradisional seperti Jeruk Nyonya Masdor,
Jeruk Kelubi, Jeruk Mempelam dan Jeruk Salak.
Anda pasti akan teruja dengan pilihan 15-20
gerai yang menghidangkan pelbagai makanan Melayu dari seluruh negara. Jangn
lupa singgah di Gerai Rosnie yang menghidangkan Kambing Panggang Australia yang
dihidangkan dengan sos Homemade Black Pepper Sauce dan Sos Pudina.
Gerai-gerai lain yang wajib dikunjungi adalah Ayam Percik, Otak-Otak, Sate, Goreng-gorengan makanan laut ala-Tempura, Murtabak, Roti Canai, Nasi Kerabu/Nasi Lemak, Kebab, Mee Jawa dan Mee Rebus.
Teruskan dengan menjamah Pais Ikan Tempoyak, Nasi Kandar/Briyani di Gerai Gopal, Burger Ram Lee WoW, hidangan Cina di Kaunter Cho dan Sup Meletup di Gerai ‘Abe’ Awana. Hidangan signatur Rajawali, “Awana Rendang Tok” pasti akan menambat selera anda.
Simpan sedikit ruang dalam perut untuk snek yang enak seperti Keropok Lekor, Apam Balik, Durian Goreng, Pisang Bakar Kelapa Parut/Cempedak Goreng dan Rojak.
Pondok Buah menghidangkan buah-buahan tempatan seperti Tembikai, Nangka, Buah Naga, Rambutan, Pisang dan Betik. Rasai citarasa kuih-muih tradisional Melayu di Taman Manisan “Che Re” termasuk Kueh Lapis, Kueh Talam, Kueh Lompang, Ondeh-Ondeh, Kueh Dangai, Kueh Akok, Kueh Bingka, Kueh Kole Kacang, Kueh Lompat Tikam, Badak Berendam dan Kueh Bunga Tanjung. Turut dihidangkan adalah pencuci mulut kegemaran ramai - Cendol dan Ais Batu Campur. Kepada yang gemarkan pencuci mulut panas, anda boleh memilih Bubur Cha-Cha, Pengat Pisang Raja atau Bubur Penambah Rase.
Rajawali Coffee House menyediakan pelbagai pilihan minuman pasar malam seperti Air Sirap Bandung, Air Sirap Selasih, Air Mata Kucing, Air Tebu dan Air Jambu Batu.
Comments
Post a Comment