REJOICE LANCAR FORMULA BAHARU ‘HIJAB PERFECTION SERIES’
‘Hijab’
merupakan satu simbol keagamaan dan identiti sebahagian besar wanita di
Malaysia dan golongan yang mengenakannya atau Hijaber pada setiap hari akan berhadapan dengan kebimbangan
mengenai keadaan rambut mereka di bawah tudung berkenaan. Bagi menangani
kegusaran ini, para saintis P&G Rejoice telah menemu ramah ratusan pengguna
dan mendapati terdapat peningkatan jelas dari aspek suhu dan kelembapan di
bahagian kepala yang dilitupi kain berbanding persekitaran di luar.
Menurut kajian yang dilakukan baru-baru ini, tiga kebimbangan utama berkaitan rambut dan kulit kepala yang dialami oleh golongan Hijabista hari ini adalah masalah kelemumur, bau yang kurang menyenangkan dan kekusutan. Sehubungan itu, pada 3 Mei dalam satu acara media khas, Rejoice dengan bangganya memperkenalkan koleksi syampu dan perapi baharu, Hijab Perfection Series yang didatangkan dengan formula 3-dalam-1. Pada majlis pelancaran berkenaan, Rejoice telah berkongsi sains di sebalik formula baharu, selain dari paparan demonstrasi sains interaktif oleh Dr Rebecca Kan dari Bahagian Komunikasi Saintifik Penjagaan Rambut P&G Asia Pasifik.
Menurut kajian yang dilakukan baru-baru ini, tiga kebimbangan utama berkaitan rambut dan kulit kepala yang dialami oleh golongan Hijabista hari ini adalah masalah kelemumur, bau yang kurang menyenangkan dan kekusutan. Sehubungan itu, pada 3 Mei dalam satu acara media khas, Rejoice dengan bangganya memperkenalkan koleksi syampu dan perapi baharu, Hijab Perfection Series yang didatangkan dengan formula 3-dalam-1. Pada majlis pelancaran berkenaan, Rejoice telah berkongsi sains di sebalik formula baharu, selain dari paparan demonstrasi sains interaktif oleh Dr Rebecca Kan dari Bahagian Komunikasi Saintifik Penjagaan Rambut P&G Asia Pasifik.
Produk
terbaharu berkenaan menyelesaikan: 1) Masalah kelemumur dengan sifat-sifat
kebersihan tambahan dan anti kelemumur 2) Rasa panas dan bau tidak menyenangkan
dengan kedinginan tambahan daripada Mentol dan bau yang menyegarkan dari
haruman bunga kasturi 3) Masalah rambut kusut dengan memastikan kelicinan
tambahan yang tahan sepanjang hari. Oleh itu, siri baharu ini semestinya solusi
penjagaan rambut yang terbaik bagi golongan Hijabista.
“Saya telah
menjadi wajah jenama Rejoice pada peringkat awal kerjaya, malah dikenali ramai
sebagai ‘Gadis Rejoice Bertudung Hijau’. Saya amat gembira untuk sekali lagi
berganding tenaga dengan Rejoice untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran Rejoice
‘Hijab Perfection Series’ yang baharu pada hari ini. Saya begitu gembira
mengetahui bahawa produk baharu ini memastikan rambut saya kekal dingin dan
segar sepanjang hari. Selain itu, saya juga jatuh cinta dengan rekaan pek yang menarik
dan dilihat sebagai simbol seorang Hijabista moden seperti saya. Saya tentunya
mengesyorkan siri baharu Rejoice ini kepada Hijabista-hijabista lain di
Malaysia pada bulan Ramadan ini,” kata Elfira Loy, pelakon popular dan
usahawan, setelah menyempurnakan produk baharu tersebut.
“Dengan ‘Siri
Hijab Sempurna Rejoice’ baharu, para pelanggan MYDIN kini berpeluang untuk
merasai formulasi inovatif yang akhirnya akan memberikan penyelesaian untuk
mendapatkan rambut yang sempurna di bawah hijab. Formula dan pakej yang lebih
inovatif dan terkini, kami menjangkakan maklum balas positif daripada pelanggan
menerusi pelancaran siri baharu daripada Rejoice ini.” ujar Datin Wira Dr Hjh Siti
Hawa Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd.
Sementara
itu, Encik Sahil Sethi, Pengarah Komersial Penjagaan Kecantikan P&G
Malaysia, berkata: “Rejoice sentiasa menjadi sebuah jenama yang pertama
melancarkan sesuatu di pasaran. Ia termasuk syampu 2-dalam-1, syampu anti kelemumur
kosmetik serta syampu Minyak Panas yang pertama di pasaran.Ia sentiasa
meletakkan penanda aras untuk rambut licin sempurna dan menjadi salah satu
jenama penjagaan rambut paling dikasihi di Malaysia. Meneruskan kejayaan
inovasi ini, kami melancarkan Siri Hijab Sempurna baharu yang menangani masalah
kelemumur, rasa panas dan bau kurang menyenangan serta rambut kusut dalam satu
langkah, menjadikan ia solusi sempurna bagi Hijabista pada Ramadan kali ini.”
Rejoice ‘Hijab
Perfection Series’ boleh didapati dalam dua varian, bagi syampu - 3-dalam-1
Perfect Cool (untuk rasa dingin yang lebih ketara dan kesan kesegaran yang optimum)
dan Perfect Perfume (untuk wangian yang berpanjangan). Varian-varian syampu itu
disempurnakan oleh Perapi Sempurna 3-dalam-1 bagi rambut yang licin dan rapi.
Perapi ini boleh dipadankan dengan kedua-dua varian dalam syampu Perfect Series
3-dalam-1.
Syampu dan
perapi Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam tiga saiz berbeza
iaitu 170ml, 340ml dan 600ml. Rangkaian produk baharu itu ditawarkan di kesemua
rangkaian MYDIN dan kedai runcit utama di seluruh Malaysia.
Untuk
mengetahui lebih lanjut berkenaan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’, kunjungi
laman Facebook Rejoice Malaysia di https://www.facebook.com/rejoicemalaysia/.
Comments
Post a Comment