RIANG RIA BERSAMA "NICKELODEON RAYA" DI SUNWAY LAGOON



Meriahkan Hari Raya dan cuti sekolah ini mengunjung Sunway Lagoon yang bakal menampilkan watak-watak kesayangan Nickelodeon dalam kempen perayaan ‘Nickelodeon Raya’, mulai 25 Mei sehingga 9 Jun.

Pelbagai aktiviti bertemakan Nickelodeon bakal menanti anda dan anak-anak anda, termasuk Explorer’s Campsite di mana anak-anak boleh menguji pengetahuan dengan permainan teka-teki Dora dan Boots. Selepas itu, berseronok dengan SpongeBob SquarePants di SpongeBob’s Bubble-blowing Playtime untuk mengetahui siapakah dapat menangkap buih terbesar.

Sertai pasukan membasmi jenayah bersama Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT) Shuriken Kids Challenge.

Sunway Lagoon juga bakal menghadiahkan sehingga 150 keping pas "Call for Celebration Fun Passes" di mana 30 kanak-kanak bertuah akan dipilih setiap hari mulai 5 sehingga 9 Jun untuk menyertai perarakan Nickelodeon Lost Lagoon!








Watak-watak Nickelodeon kesayangan anda turut akan mengunjungi tempat-tempat tumpuan awam sekitar Kuala Lumpur daripada 4 – 17 Mei. Para peminat bukan sahaja dapat bertemu mereka malah juga bergambar untuk peraduan Nickelodeon Lost Lagoon’s “Spot! Snap! Post!”

Jom beramai-ramai ke Sunway Lagoon dan dapatkan pakej cuti sekolah istimewa sama ada FAMFun (2 dewasa + 2 kanak-kanak) pada harga RM 502 atau 4-To-Go (4 dewasa) pada harga RM552.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian +603-56390000, layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

KESIHATAN INTIM LELAKI: PREMIER CLINIC BUKA JALAN BAHARU DENGAN TEKNIK KHATAN ZSR

BAKAL TIBA PADA 19 MEI DI MALAYSIA: SIRI HUAWEI WATCH FIT 5 BAHARU, WATCH ULTIMATE DESIGN EDISI SPRING, DAN FREECLIP 2 DALAM WARNA BERRY PURPLE